Tuesday, May 26, 2009

Pukul 3 pagi...

Kalau kisah ini dianggap umpama membuka pekung di dada sendiri. Terpulang. Aku sudah tak peduli dengan pekung tu. Tak kisah kalau kamu mahu mentertawakan, menghina atau mengeji pekung tu. Aku sudah tak peduli...

Smalam terpaksa MC, gara-gara tragedi terbaring dan merangkak dalam bilik server, menangis dalam bilik air ofis kemudian ke panel klinik berhampiran, dimarahi doktor panel klinik, kemudian menangis teresak2 di hadapan doktor dan misi... kemudian diberi MC 1 hari...

Tidur malam, dek kerana penangan perut yang terlampau sakit aku tak mampu tidur nyenyak. Tidur sekejap2, bermimpi perut dipijak, dilenyek dan macam2 yang ngeri gara2 perut yang terlampau sakit. Tepat jam 3 pagi, aku meraung, menangis teresak-esak sehingga bantal basah kuyup. Aku dipapah ke bilik air oleh Andy yang terbangun gara2 raungan tangisan aku. Aku tatau apa yang aku nak sgt ke bilik air selain menangis. Kemudian, terduduk atas sofa dengan kaki yang kejang, perut yang sakit dan rasa mengantuk. Aku menangis teresak-esak, tak berhenti sambil merayu "Ya Allah, aku dah tak berdaya lagi, Ya Allah. Jangan uji aku macam ni. Aku kalah. Tolonglah Ya Allah, kasihani aku, Ya Allah"

Setengah jam yang terlalu panjang dengan hanya esak tangis dan rayuan aku. Aku kira kalau diturunkan pisau dari langit dengan tanda "hanya pisau ini aje penawar sakit kau", sanggup aku rodok pisau tu ke perut asal aje aku tak perlu rasa sakit seperti ini. Tepat 3.30 pagi aku dipapah masuk ke kereta, laju dibawa ke DEMC. Segera doktor memberikan aku suntikan penahan sakit. Kata doktor, ubat tu akan membolehkan aku tidur sehingga pagi esok. Kemudian perlu terus berjumpa doktor pakar Ginekologi yang hanya ada pada waktu 'office hour'.

Esoknya pukul 10.30 sudah ada apointment dengan Pakar Ginekologi DEMC, Dr. Fairuz Asyikin. Semasa sesi interview, perbualannya berkisar begini:-

Doktor: Kiranya dah setahun lebih dari tempoh endeometeorosis surgery yang lama ye. Jadi dah berapa tahun kahwin?
Aku: 4 tahun
Doktor: Jadi sekarang tgh merancang untuk anak la ye?
(aku geleng) (doktor kerut dahi. Ulang soalan kalau aku kurang paham)
Doktor: Do you plan for baby right now?
Aku: No
Doktor: Tak mahu anak? Are you sure? U sudah kahwin 4 tahun kan?
(aku menunjukkan muka kurang senang. Tiba2 terfikir aku mungkin being selfish menjawab pantas tanpa pedulikan hati Andy. Lalu aku pandang Andy. Doktor pun. Andy geleng, yakin!)
Doktor: Ok... sorry ye. I have to make sure before give you any treatment. Biasanya perempuan mcm u akan cari cara untuk pregnant cepat but since u mmg tak nak ada baby for the time being, then the treatment will be different.

Setelah melakukan proses ultrasound, berbincang serba sedikit kesan2 dan perancangan jangka panjang maka..... seperti yang dipersetujui, sejumlah wang perlu dilaburkan setiap bulan bagi menjadikan aku perempuan yang tidak normal.... dan sepatutnya ini merupakan kali terakhir aku akan sakit begini sehinggalah aku memutuskan untuk mengandung - prosedur dan ubatannya akan berubah.

Sepanjang perjalanan balik airmata aku tak berhenti2 mengalir, adakah ini harga yang perlu aku bayar untuk memastikan aku tidak perlu menderita lagi? Kini fikiran aku tidak lagi berpaksi pada arah yang sama. Tepatkah keputusan ini? Adakah lari dari fitrah ini merupakan jalan yang terbaik untuk aku? Bebanan aku dan kini membebankan Andy selaku suami aku. Aku menarik nafas dalam2..... airmata tak berhenti... lebat... selebat hujan di hati aku.

Kadang-kadang kita mengharapkan Allah memberikan matahari untuk menerangi hidup kita, tapi Allah bagi kita hujan dan ribut petir pula. Rupa-rupanya Allah nak bagi kita pelangi.... dan aku harap pelangi itu ada... menanti aku di satu ketika, di satu masa, di satu destinasi...
(dan ketika ini airmata aku umpama hujan di musim tengkujuh, lebih lebat dari kali pertama aku mendengar kata-kata ini).

10 comments:

qisya's mada said...

ttiba air mata aku mngalir baca entry nih..tingat waktu sakit ectopic haritu tp bila aku anggap itu ujian tuhan...mungkin jugak balasan dari tuhan utk dosa2 yg lepas..aku akur..insya allah..ada rahmat disebaliknya...

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Ye Yan,
Dulu Andy selalu cakap... anggaplah kesakitan itu umpama Tuhan nak menghapuskan dosa-dosa kecil sebab tu aku selalu berfikiran +ve ttg sakit ni.
Tapi kadang2... kesakitan tu di luar kemampuan kita yang membuatkan aku hampir2 putus asa. Tapi akan cuba untuk redha. Thanks Yan.

sHa said...

vic, ko akan kene operate lg ke ni?
isk, aku jadik risau plak. tak nak cuba cara lain dah ke? aku nak jumpa ko pon, takde rezeki lagik. :(

be strong ok dear?

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

InsyaAllah tak operate Sha.
Cuma lepas ni hidup aku akan bergantung dengan ubat setiap hari sampai la aku mati agaknya....

Bakhtiar said...

Bakh suggest you get second opinion on this matter...for a conclusive approach.....one doctor might suggest this....other doc may suggest lain....

damme damiah said...

dunno what happen sebenarnya, tapi, b strong, k?
Allah tak menimpakan ujian kecuali bila Dia tau hambaNya mampu untuk hadapi ujian tu

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

To Bakh = Ok Bakh, bukan ke kita akan try for 2nd opinion (traditional method) tonight? Don't be late, ok!

To Damiah = Thanks Damiah. Try my very best to be strong.

sHa said...

dear.
please tgk website neh
benda ni la aku nak rekemen kat ko.
cuma masa je blom free, kite nak jumpe2 kan?
kalo free ko dtg umah aku pon taper la.
tp tak selesa la umah aku, takot weekend ramai org. :)

http://www.shuanghor.com.my/

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Gynostemma tu ke sha?
Ker yang kopi?
Takde price dalam website yer?
kang kalau mahal sangat... tercekik plak aku... bil spital tiap2 bulan je dah paras dada. Ekeke..

Weekend aku ngan andy unexpected la..
kadang2 aku ckp free, tiba2 je ada hal. Kalau serbu gitu je rumah ko leh sha? Agak lalu je usj terus call ko. hehehehe

Anonymous said...

It is also possible Abercrombie and Fitch today to create your Abercrombie own custom polo shirts Abercrombie Sale wherein you can have your Cheap Abercrombie own logo embroidered Abercrombie outlet on the front of the shirt. abercrombie Jeans These custom polos are ideal for companies that are hosting an event of some kind. Abercrombie Pants They are also great to give away as promotional Abercrombie Tees items to company personnel for work well done. Clubs of all types take advantage of
Abercrombie Shorts custom polo shirts as do sports teams who wish to have all members Abercrombie Sweaters dressed the same when traveling together. Customized shirts are also great to use as staff clothing or uniforms for pubs, restaurants, hotels and a wide variety of other types of businesses.One of the most popular companies in business today that offers the custom polo shirts is LEADapparel. This online retailer offers custom embroidery services on orders of twelve or more shirts. The embroidery done is perfect and of the highest quality. Orders are processed quickly and shipped out within just a few days.