Wednesday, April 29, 2009

SELSEMA BABI @ SWINE INFLUENZA @ SWINE FLU

Artikel ini dipetik dari info kesihatan. Kowang boleh cari banyak artikel pasal selsema babi ni by searching google "Selsema Babi" "Swine Flu / Influenza" tapi kowang takkan dapat versi bahasa melayu mcm dalam blog aku ni. Sebab~!!!! Sebab aku research dan terjemahkan sendiri artikel tu dalam bahasa melayu la khas untuk bacaan production workers aku. Kang aku post BI kat buletin tergagap2 plak dowang membaca.

Secondly, kenapa aku sebut selsema babi instead of selsema khinzir? Sbb aku nak mengajak semua warga Malaysia sedar... kalau dh babi tu... babi jugak. Pesal lak nak bagi nama sedap2, cover2 dia plak.. Dh memang binatang babi tu haram. Ngerti? Kalau buruk nama babi tu, memang sebab binatang tu tak elok dimakan mahupun dibela. Jadi izinkan aku dengan bangganya meng"pronouns" BABI... di sini...

Apa itu Selsema Babi?
Selsema Babi adalah penyakit pernafasan dan selsema berpunca dari virus selsema jenis A yang biasanya menjangkiti babi. Selsema babi boleh menyebabkan kesakitan yang teruk dan kematian kepada babi. Penyakit ini (type A H1N1 virus) buat pertama kalinya dikesan menjangkiti babi pada tahun 1930.

Adakah manusia boleh dijangkiti selsema babi?
Dulu selsema babi jarang menjangkiti manusia NAMUN kini penyakit selsema babi giat menular di kalangan manusia. Kebiasaannya selsema babi wujud di kalangan manusia disebabkan manusia terdedah terhadap babi seperti mereka yang bekerja di dalam industri penternakan babi.

Secara ringkas, selsema babi merebak melalui 2 cara:-
* Terdedah dengan babi yang dijangkiti atau persekitaran yang mempunyai virus selsema babi.
* Melalui orang lain yang telah dijangkiti selsema babi. Cara penyebaran penyakit selsema babi diantara manusia dengan manusia sama dengan penyebaran selsema biasa iaitu bersin atau batuk.

Apakah simptom (tanda-tanda) selsema babi kepada manusia?I
anya lebih kurang sama dengan selsema yang lain. Antara tanda-tanda selsema babi itu termasuklah demam, kurang selera, batuk, keletihan, sakit kerongkong, hidung berair, rasa loya, muntah-muntah dan cirit birit.

Adakah manusia boleh menghidap selsema babi dengan memakan daging babi?
Tidak. Selsema babi tidak berjangkit melalui makanan. Makanan (daging babi) yang dimasak melebihi 160°F akan membunuh semua virus termasuk virus selsema babi.

Bagaimana selsema babi merebak?
Selsema babi merebak melalui pemindahan virus dari babi kepada manusia dan manusia kepada babi.. Manusia lebih mudah dijangkiti selsema babi sekiranya mereka berdekatan dengan babi yang dijangkiti sebagai contoh penternak babi ataupun mereka yang tinggal berhampiran dengan kawasan penternakan babi. Perpindahan virus melalui sesama manusia juga boleh berlaku. Sama seperti selsema biasa ia boleh berjangkit melalui batuk atau bersin orang yang dijangkiti selsema babi. Kita juga boleh dijangkiti sekiranya tangan kita tersentuh virus tersebut dan kemudian kita menyentuh hidung atau mulut sendiri.

Adakah H1N1 virus selsema babi sama dengan H1N1 virus selsema manusia?
Tidak. Kerana itu vaksin untuk selsema manusia yang biasa tidak akan dapat melindungi atau menyembuhkan jangkitan selsema babi.

Bagaimana selsema babi dapat dikesan?
Untuk mengesan jangkitan selsema babi jenis A, spesimen pernafasan perlu diambil di antara 4 hingga 5 hari pertama dijangkiti. Tapi bagi sesetengah orang khususnya kanan-kanak virus hanya boleh dikesan pada hari ke10 jangkitan. Spesimen pernafasan perlu dihantar ke makmal bagi menentukan samaada terdapat jangkitan atau tidak.

Berapa lamakah seorang yang dijangkiti berupaya menyebarkan virus kepada orang lain?
Orang yang dijangkiti selsema babi berpotensi menyebarkan virus selsema babi selagi dia menunjukkan tanda-tanda jangkitan dan mampu menyebarkannya sehingga 7 hari berikutnya. Namun, kanak-kanak berupaya menyebarkan jangkitan lebih lama dari jangkamasa di atas.

Bagaimana saya boleh melindungi diri saya daripada dijangkiti?
Ada beberapa langkah harian yang perlu dipatuhi untuk mengelakkan jangkitan selsema babi:-
* Tutup mulut dan hidung anda dengan tisu apabila batuk atau bersin. Buang tisu itu ke dalam tong sampah selepas digunakan.
* Basuh tangan dengan kerap menggunakan sabun lebih-lebih lagi selepas anda batuk atau bersin. Menggunakan pembersih tangan berasaskan alkohol juga berkesan.
* Elakkan dari berhubung secara terus dengan orang yang berjangkit.
* Sekiranya anda dijangkiti selsema, duduk di rumah dan jauhkan diri dari tempat kerja, sekolah atau orang ramai bagi mengelakkan anda menjangkiti mereka. Elakkan juga menyentuh mata, hidung dan mulut anda kerana ia boleh menyebarkan virus.

Antara tanda-tanda amaran yang memerlukan rawatan segera bagi kanak-kanak termasuk:-
* Bernafas dengan cepat atau kesukaran bernafas.
* Kulit menjadi kebiru-biruan* Tidak minum air yang secukupnya
* Tidak bangun dan tidak berinteraksi
*Jangkitan selsema semakin baik namun berganti dengan demam dan batuk yang teruk
* Demam dengan ruam

Antara tanda-tanda amaran yang memerlukan rawatan segera bagi orang dewasa termasuk:-
* Kesukaran bernafas atau nafas menjadi pendek -pendek
* Sakit dan tekanan pada dada.
* Letih secara tiba-tiba
* Keliru
* Kekerapan muntah

3 comments:

Anonymous said...

YANG SAYA TAHU KUMAN BABI TAK MATI BILA DIMASAK DGN KEPANASAN YANG AWAK CAKAP TU,,,DIA TETAP BERADA DALAM BADAN SI PEMAKAN ITU,,,

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Kuman babi, atau virus selsema babi? Kalau virus selsema babi confirm mati sekiranya dimasak dengan kepanasan yang mencukupi atau dalam erti kata lain dimasak dengan betul.
Fakta ini bukan saya reka-reka sendiri. Umum sudah mengetahui ttgnya. Di television dan juga di media cetak. Saya menterjemahkan apa yang sy dapat dari info kesihatan yang dikeluarkan kementerian kesihatan. Jadi... argue dengan pihak kementerian ye. Terima kasih

p/s: lain kali bagi salam dulu la... pakai terjah je.. Bukan apa tak mahu terjadi "Sudah baling batu, sembunyi tangan"

Anonymous said...

It is also possible Abercrombie and Fitch today to create your Abercrombie own custom polo shirts Abercrombie Sale wherein you can have your Cheap Abercrombie own logo embroidered Abercrombie outlet on the front of the shirt. abercrombie Jeans These custom polos are ideal for companies that are hosting an event of some kind. Abercrombie Pants They are also great to give away as promotional Abercrombie Tees items to company personnel for work well done. Clubs of all types take advantage of
Abercrombie Shorts custom polo shirts as do sports teams who wish to have all members Abercrombie Sweaters dressed the same when traveling together. Customized shirts are also great to use as staff clothing or uniforms for pubs, restaurants, hotels and a wide variety of other types of businesses.One of the most popular companies in business today that offers the custom polo shirts is LEADapparel. This online retailer offers custom embroidery services on orders of twelve or more shirts. The embroidery done is perfect and of the highest quality. Orders are processed quickly and shipped out within just a few days.