Wednesday, April 22, 2009

Aku mahu bercuti!!!!!

Letih yang tak habis-habis. Dengan beberapa kes SOCSO yang perlu disetelkan di ofis. Sampaikan aku rasa pegawai SOCSO dah kenal sangat suara aku.. 3-4 kes seminggu. Dengan Hilang Upaya Kekal, Hilang Upaya Sementara, Pencen Ilat dan Penyakit Khidmat. Waduh Waduh… Walaupun leceh prosedurnya, tapi bila claim tu berjaya aku rasa sangat berbaloi dapat membantu pekerja aku mendapatkan hak mereka.

Petang datang satu kepala Trade Union, MEMINTA aku memberikan gaji pertengahan bulannya yang ditahan atas sebab2 kedatangan. Meminta ye kawan2…. Bukan memohon. Gayanya dah macam tokey besar syarikat. Aku perjelaskan kepadanya bahawa ketidakhadirannya ke pejabat tempoh hari bukanlah diiktiraf sebagai Cuti Tanpa Gaji sebaliknya Ponteng (Absent). Marah mamat tu. Lalu aku bawa dia kepada bos aku. Berlakulah perdebatan di antara kami. Kepala itu siap kata “Siti, saya sudah kerja banyak kompeni, pernah jadi HR. Saya pernah baca buku Akta Pekerjaan. U tak payah nak ajar I” Aku sengih… takkan la aku nak dabik dada cakap “Awak PERNAH kerja sbg HR. Saya dr mula kerja sampai skang semua kompeni yg sy kerja pun sy sbg HR.” “Awk pernah baca buku Employment Act, tp buku Employment Act tu buku teks sy masa sy belajar sampai skang pun buku Employment Act hari2 saya pegang.” Jadi sape lebih tau akta skang ni. U ke I?”

HR adalah bidang aku. Darah daging dan dah sebati dengan jiwa aku. Setelah menerangkan beberapa akta dan hujah2 yang tak mampu dipatahkan, akhirnya kepala tak mampu berbalas tembakan. Tak sia2 sijil pembahas terbaik yang aku pegang. Tapi kepala tak mudah menerima kekalahan lalu dia berkata, “baiklah kalau u orang mahu ikut sangat polisi dan undang2, U orang tgk la apa yg I akan buat” Jeng Jeng Jeng…. Barulah datang perasaan cuak. Apa dia nak buat kat aku…. Omakk…. Eden takut… eden tamau jadi HR dah….

Malamnya balik umah mak. Makcik aku dari Amerika baru sampai petang td. 12 tahun tak berjumpa… bila jumpa rasa sebak pulak dan kami saling berpelukan. Tp yang tak sodapnya bila makcik aku terkejut gajah melihat badan aku yang semakin mengembang. Katanya “tak pernah terpk badan Ana bleh jadi mcm ni.” Uwaaaa….. tensennya.. maka aku ambik kacang dan coklat Amerika yang banyak kat atas meja tu dan ku telan satu persatu. Tensen punya pasal. Makcik aku plak berlainan sket suggestionnya ttg sakit aku. Katanya, sblm ke perubatan tradisional aku ngan Andy seharusnya ikhtiar untuk dapatkan baby dulu. Teknologi moden skang boleh mengadakan baby dengan pelbagai cara. Alahai… awat lah makcik aku ni dok pahey…. Kami tok sey baby lagi wat masa ni… Waduh waduh….

Masa makan kat mapley ngan mak ayah malam tu, aku citerkan kejadian di ofis petang td. At least if something happen to me, mereka dh tau serba sedikit cerita sblm kejadian. Tiba2 dapat satu call dari HUKM. Biras aku dihalau keluar dr hospital pada pukul 10 malam disebabkan doktor tu kata dia dh ok dan katilnya nak digunakan oleh pesakit lain. Apa la punya bangang HUKM ni. Paksa pesakit kuar malam tu juga, nak kuar esok pagi pun tak bleh. Biras aku tunggu kat jalan besar selama sejam, dah ar org tu baru lepas operation, sebiji teksi pun tak lalu. Akhirnya dia tepon kami mintak tolong hantar dia ke Bangi. Kepada kengkawan ku sekalian, kalau kowang ada insuran ke… ada duit ke… tayah berkira sgt nganto relative kowang kat hospital gomen ke semi gomen…. Mcm bangang je dowang ni main halau2 tak kire kul bape atas alasan pesakit lain nak dok katil kita.

Sampai rumah aku tepat kul 1 suku pagi. Aku dh tak larat nak cuci muka atau tukar baju dh…. Aku nampak je katil terus buat lompatan berirama. Baru nak masuk fasa mimpi indah…. Bunyi sms dari hp aku. Sape lak sms kul 1.30 pagi ni!!!! My brother Apis. Dia mengforward sms dari seorang awek yg sedang nangis2 sbb direjek oleh adik aku. Siap ugut2 besok matanya lebam masuk kelas sbb kecewa adik aku takmo terima dia. Alahai ni lagi sekor… mak anto pi kolej ko pi jadi playboy tu watpe… Aku nasihatkan apa yg patut dia buat utk malam tu… dan suh dia tido. Lepas tu aku pun tido… baru nak tido si Andy plak….. aduyaiiiiiii

Uwaaaaaaaaaaaaaaaaa mak…. Aku dah tension habis ni… Aku dh letih… stress…. tekanan.... tekanan........ Aku mahu bercuti…. Aku mahu bercuti!!!!!!!!!!!!!!!!!!

1 comment:

Anonymous said...

It is also possible Abercrombie and Fitch today to create your Abercrombie own custom polo shirts Abercrombie Sale wherein you can have your Cheap Abercrombie own logo embroidered Abercrombie outlet on the front of the shirt. abercrombie Jeans These custom polos are ideal for companies that are hosting an event of some kind. Abercrombie Pants They are also great to give away as promotional Abercrombie Tees items to company personnel for work well done. Clubs of all types take advantage of
Abercrombie Shorts custom polo shirts as do sports teams who wish to have all members Abercrombie Sweaters dressed the same when traveling together. Customized shirts are also great to use as staff clothing or uniforms for pubs, restaurants, hotels and a wide variety of other types of businesses.One of the most popular companies in business today that offers the custom polo shirts is LEADapparel. This online retailer offers custom embroidery services on orders of twelve or more shirts. The embroidery done is perfect and of the highest quality. Orders are processed quickly and shipped out within just a few days.