Thursday, March 05, 2009

Ku bersedih kerana panah cinta menusuk jantungku...

Aku tatau mana nak lari, nak lari dari apa dan kenapa aku nak lari? Aku cuma rasa nak lari... lari jauh2... tinggalkan semuanya. Mungkin aku ada sakitkan hati mereka tapi aku tak sedar, aku minta maaf. Tapi bukankah tidak wajar aku diperlakukan macam ni.

Bukan niat aku untuk mengungkit, tapi setelah begitu banyak yang telah kita lalui mengapa aku perlu diperlakukan begini? Kenapa? Kenapa perlu ada ego? Ia bukan sukar kerana kita amat mengenali antara satu sama lain. Kau tahu apa yang aku mahu, begitu juga aku. Kenapa menyukarkan keadaan sehingga aku rasa hubungan ini ibarat kopi tanpa gula. Tawar dan pahit sehingga aku takut untuk meneguknya lagi biarpun telah dibubuh sekilo gula. Aku trauma.

Dah lama aku tak menangis seteruk ni ketika memandu.. Teringat lima tahun yang lalu ketika aku menangis dengan teruk sambil memandu, aku langgar sorang budak perempuan berumur lima tahun. Aku lenyek kaki kecil tu dengan Waja milik mak. Panik aku bila tengok dia terbaring dengan baju tadika di tepi jalan sambil menangis. Mujurlah tak berpanjangan kesnya. Hari ni aku nangis dengan teruk lagi. Lebih sayu lagi bila lagu ini berkumandang..
Tertutup sudah pintu, pintu hatiku...
Yang pernah dibuka waktu hanya untukmu..
Tak ada lagi cahaya suci...
Semua warna beranjak.... aku terdiam sepi..
Dengarlah matahariku..
Suara tangisan aku..
Ku bersedih, kerna panah cinta menusuk jantungku..
Dengarlah matahariku..
Puisi tentang hidupku...
Tentangku yang tak mampu... menaklukkan waktu..
Aku berhentikan kereta di tepi jalan berhadapan rumah mak. Aku nangis sepuas2 hati. Entah apa yang aku sedihkan. Entah apa yang aku kecewakan ttg hidup.. Tapi yang nyatanya hatiku terlalu hiba. Aku lapkan airmata dengan tisu sehingga kering. Aku ukir senyum paling manis, paling lebar dan seikhlas yang mampu sebelum aku buka pintu rumah... dan aku nampak kelibat kecil itu berlari-lari ingin memelukku. Aduhai hiba, aduhai lara... pergilah jauh-jauh dari hidupku... Ahh... kalau kamu mampu berkorban, mengapa tidak mama?

No comments: