Thursday, February 05, 2009

Muhammad Khairul Nazim

Wonderful Siblings

Ciuman kasih seorang kakak kepada adiknya

Kalau setahun setengah yang lepas aku mencatat kemas kelahiran seorang puteri yang kami namakan Aliyah Umairah, hari ini lahir anak ke-2 adik aku, seorang lelaki. Setelah berhempas pulas seawal pukul 10.30 pagi mengharung sakit di labour room sehingga pukul 3 petang, baby dan adik aku sama-sama keletihan, kemudian baby di vacuum tapi masih gagal dikeluarkan - akhirnya adik aku dipindahkan ke Operation Theatre memandangkan kedua-duanya dalam keadaan yang sangat lemah. Tepat pukul 5 kedua-duanya dibawa keluar dari dewan bedah dan alhamdulillah... semuanya selamat. Bersalin secara ceasarean.

Baby seberat 3.4 kg dengan kepalanya berbonjol sebab di vacuum itu aku tengok lebat rambutnya. Tercacak-cacak. Hitam pekat. Walaupun tak secerah Aliyah Umairah tapi kelahirannya yang cukup sifat dan tanpa cacat cela itu kami sambut dengan penuh kesyukuran. Nama yang dirancangkan oleh adik aku ialah Muhammad Khairul Nazim (sebaik-baik pemerintah). Sesuai dengan namanya yang membawa maksud besar, moga bila besar kelak menjadi anak yang baik dan berguna.

Apa reaksi Aliyah dengan kehadiran adiknya ni? Oh... mula2 memang excited betul. Berkali-kali dicium adiknya tu. Lama2 bila dia rasa semua org memberikan perhatian lebih pada si adik, dia mula la menjerit2 marah. Jeles la pulak. Hahahaha...
Ok la... enjoy the photos.

No comments: