Saturday, February 28, 2009

Amir Ke Final Raja Lawak 3


Mungkin ramai yang tak tengok pun raja lawak 3 kali ni? Tapi untuk mereka yang tengok, tentunya amat amat kenal dengan insan bernama Amir yang berasal dari negeri Klate ni. Aku akui di awal kemunculannya dalam raja lawak, memang dia buat lawak yang buat org gelak. Kisah hantu pocong tak silap aku. Masa tu fauziah Nawi, Zaibo ngan Shamsul pun suka kat dia dan aku akui ke'lawak'kan dia ni.... tapi... itu dulu.

Itu sahajalah aku rasa ceritanya yang lawak. Selebihnya aku memaksa diri aku mencari lawak pada setiap kata-katanya yang mengalahkan orang tengah praktis hafal skrip. Dan bila aku dengar penonton studio seperti memaksa-maksa diri ketawa untuk lawak yang tak berapa lawak amir tu aku mula memikirkan.... adakah aku yang pelik... atau mereka yang pelik? Tapi bila aku buat research ttg amir - 80% bersetuju dengan aku. Ramai forumer yg sependapat dengan aku except forumer dari kelantan la.... Salah satunya dari blog yang aku pinjam photo amir kat sini

Semalam masa dia membuat lawak yang takde langsung orang gelak, aku amat amat yakin yang malam tadi amir akan tersingkir terus dari gelanggang raja lawak. At least aku dah tak penat nak menyalahkan diri yg tak ketawa langsung bila amir naik pentas. Sebelum aku teruskan menaip aku minta maaf sesangat untuk orang-orang yang terlalu obses ttg kenegerian ni... tp.... sbnrnya... dulu aku pernah dengar kawan-kawan aku cakap - Orang kelantan sifat negerinya mmg kuat. Tak kisah la buruk mana pun, salah ke, tak bagus mana pun org negerinya, tapi asal namanya dari Kelate akan kuarlah perkataan ini dari kelantan yang lain. "Oghe kito tuh... kena tulung nih!" Sebelum ni tak caya sangat pasai takde bukti... la ni... den dah cayo dah! hahahahaha...

Apa2 pun pada aku Raja Lawak 3 tak le sebesh Nabil yang setiap kata2nya walaupun spontan membuatkan orang ketawa terkekeh2. Tak perlukan lawak kasar, lawak lucah, ataupun muka budak skolah dan bersuara gagap untuk diketawakan. Nabil is born to be entertainer. Komen aku ni tak berasaskan kenegerian okkay... bcos... aku takde darah nogori ataupun keturunan dari nogori. Kepada yang tersinggung dengan komen aku, skali lagi aku minta maaf. Tapi janganlah kerana sifat kenegerian yang tinggi akhirnya kita memberikan kemenangan kepada mereka yang tak berkualiti. Renung balik apa yang terjadi kepada Faizal AF4 oghe Ganu yang jadi juara tu. Pada aku dia juara yang terbuang. Kenapa jadi mcm tu? Sendiri mau ingat la..... Lu pikir la sendiri.

No comments: