Friday, January 02, 2009

Salam 2009

Selamat Tahun baru 2009. Pastinya tahun yang lebih mencabar dari tahun 2008. Bukan sahaja dengan kegawatan ekonomi dunia yang akan menyelubungi langit 2009 sepanjang tahun malah bagi diri aku sendiri... tahun yang silih berganti memberi seribu makna dan perspektif. Moga aku diberikan kekuatan dalam menempuh segala kemelut hidup yang semakin mencabar dari tahun ke tahun.
Aku imbas balik posting tahun baru 2008 yang aku buat awal tahun lalu... rasanya mcm baru aje berlaku. Betapa aku gembira melangkah ke gerbang 2008 pada ketika - yang aku rasa bakal menjanjikan seribu kebahagiaan. Hakikatnya ia adalah satu perjalanan yang sangat panjang dan sukar. Dan aku mempelajari sesuatu dari perkara itu - jangan meletak harapan yang tinggi pada sesuatu yang belum pasti. Jangan anggap mudah sesuatu perkara. Oleh itu aku telah persiapkan emosi, mental dan fizikal untuk tahun 2009 ni. Tiada azam tertentu untuk tahun ni walaupun sekadar untuk menurunkan beberapa kilo berat badan (yang pastinya akan datang semula kilo2 tersebut kalau turun sekalipun). Aku cuma harap yang terbaik agar aku masih berpeluang menempuh sepanjang tahun 2009 ini dengan jayanya. Agar aku masih berpeluang menyambut 2010.
Terima kasih untuk mereka yang mewarnai lakaran 2008 ku dengan memori indah dan ceria. Moga tahun ini kalian tidak jemu untuk terus melakar kanvas 2009 ku. Segala kejayaan 2008 yang kita telah capai jadikan perangsang untuk menempuh 2009 - segala kegagalan pada 2008 kita lipatgandakan usaha untuk menebus kegagalan itu pada tahun ini.. SALAM 2009~!!





No comments: