Monday, January 19, 2009

Puisi Buat Gaza


Rakus letupan merentap nyawa
Tangisan si kecil tiada makna..
Darah si anak, airmata si tua..
Nyawa umpama tiada harga..
Rumah Allah dibinasa..
Tempat berlindung menjadi tanah derita..
Jatuh airmata, darah dan nyawa…
Di sini bukan lagi syurga mereka..

Assalamualaikum Palestin..
Assalamualaikum Gaza..
Assalamualaikum buat kaki-kaki kecilmu..
Assalamualaikum buat tangan-tangan ibumu..
Assalamualaikum buat para pejuang syahidmu..
Assalamualaikum buat kekasih-kekasih Allah…

Tangisanmu, meruntun hati kami..
Tiap percikan darahmu, meragut nurani kami..
Jeritan sayumu, tamparan keras buat kami..
Ratapan pilumu, mengundang syahdu jiwa kami…
Untuk kesakitan dahsyat yang kamu deritai..
Apalah sangat yang mampu kami kongsi..
Doa yang tak pernah putus..
Harapan yang tak pernah tandus..
Impian yang kudus…
Medan ini jangan kau jerlus..
Biar kalahmu di dunia tak tertebus..
Yang walang pasti kan terhapus..

Diana; 13.25pm; Monday; 19/01/2009

Malaysia…
Kita mungkin tak berdaya mengangkat senjata…
Kita mungkin tak cukup kuat untuk berperang..
Tapi yang salah harus kita tentang…
Marilah kita berganding bahu..
sama-samalah kita boikot barangan ISRAEL dan AMERIKA
ingatlah… setiap sen yang kita berikan mereka..
Adalah sumbangan untuk meragut nyawa saudara Islam kita..
Boikot ISRAEL!!
Boikot AMERIKA!!

2 comments:

pokcu said...

Wahai orang yang beriman .. jangan sesekali kita takut kepada manusia .. tetapi takutlah kita pada allah .. kerana allah adalah segala-galanya .. tetapi umat akhir zaman ini .. lebih takut kepada manusia lebih dari takut kepada allah .. allahu rabbi ..

Lovelyvic said...

Boikot Israel dan Amerika - masih banyak orang melayu alpa. Bangga dapat menikmati burger Prosperity di Mc Donald. Dapat menikmati Pizza set terbaru dan makan ayam goreng kentucky Yahudi dan slurrppp penuh bangga Starbuck! Tak tahu, buat2 tak tahu, atau tak ambil peduli? Islam maju konon....