Saturday, January 24, 2009

Filem Maut - Bade Haji Azmi

Dah lama aku pasang niat nak tengok citer ni. Dari sehari ke sehari aku suarakan hajat nak tgk MAUT yang aku yakin besh maut dari sinopsis yang aku baca dan juga thriller di kaca tv. Jadi Jumaat malam sabtu hajat aku ditunaikan. Walaupun terpaksa membayar RM20 untuk 2 keping tiket, aku tidak ralit sebab aku yakin penangan cerita ini pasti berbaloi dengan harga RM20 tu. Ini terbukti dengan karya terdahulu Bade seperti KL Menjerit dan sequelnya - walaupun bukan dalam genre filem kegemaranku tapi aku masih menarik nafas puas hati dengan garapan filemnya.

Malangnya mungkin aku yang meletak harapan terlalu tinggi ataupun cerita ini yang sebenarnya indah khabar dari rupa. Tak dinafikan ia cukup mampat dengan nilai moral dan pengajaran. Mesej yang terkandung dalam filem ini cukup sarat dan mampu menimbulkan keinsafan hatta sekadar sedikit rasa takut akan mati. Namun ia tak mampu untuk menyembunyikan beberapa kepincangan yang jelas ketara dalam filem ini. Aku yakin ia turut disedari oleh penonton2 lain kerana terdengar suara bisik, ketawa kecil dan keluhan di dalam panggung tatkala tiba babak-babak yang dirasakan kurang UMPHH nya... Contohnya antara petikan filem itu yang masih ku ingat:-

1- Ketika Azam (lakonan Rezza) membacakan no telefonnya. Dengan intonasi suara mendatar yang tak kena dengan ekspresi mukanya, dia membacakan no telefonnya tanpa henti - takde gap hatta beberapa saat. Pernah ke anda memberikan no telefon kepada seseorang dengan bercakap sekali nafas seperti ini, "Sekiranya anda berdua ada apa-apa maklumat tentang Fadilla hubungilah saya di kosong satu dua tiga empat lima enam tujuh lapan... bla bla..." ketika ini Danny laju2 keluarkan hp dan tekan nombor yang disebutkan. Kat mana terletaknya realistik cerita ni?

2- Fadilla dah 2 hari hilang - bermakna 2 hari telah mati. Ditemui di kubur Kristian dan Liyana Jasmay mengesannya kerana terdapat bau mayat. Tetapi esoknya jenazah Fadila masih boleh diletakkan ditengah2 rumah, dikafankan dengan wajah terbuka, tanpa secalit luka dan mayat kelihatan masih segar seolah-olah baru sahaja meninggal. Jadi bau busuk di kubur Kristian yang dihidu Liyana Jasmay hilang ke mana? Mayat berusia 2 hari, mungkin dah hari ke-3, masih kelihatan segar?

3- Que Haidar menghembuskan nafas terakhir di hospital malam. Kemudian dinaikkan atas van jenazah pun lewat malam - absorber tertanggal - kakaknya terpaksa menelefon orang lain untuk membawa jenazah adiknya. Waktu bila disembahyangkan? Diletakkan di tengah rumah untuk dibacakan Yassin? Kenapa perlu dikebumikan pada malam yang sama walaupun pada hujan lebat? Sedangkan dia baru sahaja meninggal beberapa jam sebelum tu? Selogiknya mayat yang meninggal malam, biasanya dikebumikan keesokan pagi atau tengahari. Betul kan? Bukankah dari kejadian dia dibawa naik ke dalam van jenazah yang tertanggal absorber, dengan menunggu van lain, dengan disembahyangkan, dengan dibacakan yassin di dalam rumah (seharusnya ada, sebab Que dan kakaknya tinggal di kawasan kampung) memerlukan masa yang panjang????

Sebenarnya banyak lagi kepincangan yang terdapat dalam filem ni, namun aku mungkin bukan pengkritik filem professional mahupun bertauliah. Mungkin pendapat aku selayaknya dipandang sinis buat penggiat seni lain. Tapi untuk penonton yang kurang pengetahuan dalam bidang seni seperti aku nampak jelas kepincangan ni. Mcm mana dengan org2 seni yang seharusnya lebih teliti. Bukan begitu? Aku sebenarnya ingin benar menyokong dan mengangkat filem tempatan, namun apabila ia tidak menepati expectation, tentunya ada sedikit kecewa. Namun aku tetap ingin mengucapkan syabas buat Bade Haji Azmi kerana berjaya membuatkan penonton ditepuk seketika dan diingatkan ttg mati dan azab selepas mati.

3 comments:

Ajami Hashim said...

i suka point no.2.. ya tak ya jugak kan? hahaha..

Koishie said...

ermm.. itulaaa... benda-benda dirasakan kecil tetapi besar sebenarnya...

Lovelyvic said...

Hmm... sebenarnya walaupun kesilapan kecil kalau dipandang ringan boleh menjejaskan keseluruhan kualiti filem.