Wednesday, January 28, 2009

Enchanting Terengganu

Ahad; 25 Jan 2009
Sampai di Kerteh pada pukul 3 pagi. Ngantuknya. Tapi sempat sembang sblm tertido sampai kul 7 pagi. Hari pertama sentiasa hujan sampai la petang. Petang bila hujan berhenti kami ke tepi laut - main layang2. Pengalaman pertama aku menaikkan layang-layang. Seronoknya. Tak sangka plak aku berbakat 'terendam' bermain layang-layang sebabnya layang2 aku naik paling tinggi. Hahahahah





Pasar Payang, Kuala Terengganu.

Esoknya seawal pukul 9 pagi kami bertolak ke Kuala Terengganu. Destinasi pertama ialah Pasar Payang berhampiran dengan jeti ke Pulau Redang di Kuala Terangganu. Rasanya beberapa bulan yang lepas masa aku dan family aku singgah di pasar ni sebelum ke Pulau Redang, keadaan tak le se"happening" ni. Tapi kali ni Pasar Payang dan berubah wajah. Sungguh happening. Berhampiran dengan Pasar Payang telah dibuka Bazaar Warisan yang menempatkan peniaga2 batik, songket, keropok malah food court pun ada. Di hadapan pasar payang pula terdapat peniaga2 yang menjual batu kristal, kerongsang, topi, jam tangan... wah... macam uptown Damansara! Seronok betul. Aku dan mak mertua aku rambang mata memilih kerongsang menarik. Andy plak sempat membeli kapak untuk dihadiahkan kepada ayah aku. Berabih fulus gak la kami di sini tapi takpe... janji puas hati.

Taman Tamadun Islam, Terangganu

Dari Pasar Payang kami terus ke Taman Tamadun Islam. Di sini telah didirikan 21 buah replika masjid yang popular di dunia seperti masjid Nabawi, Masjidil Haram, Taj Mahal, Masjid Negara dan masjid-masjid dari negara Cina, India dan sebegainya. Bila melihat masjid-masjid ni aku kagum dengan pemberi idea dan tangan-tangan yang telah merealisasikan Taman Tamadun Islam ni. Aku yakin untuk meniru senibina masjid dari pelbagai negara ni tentunya memerlukan kesabaran, ketekunan dan ketelitian yang amat tinggi. Apa pun apabila memandang replika masjidil Haram dan masjid Nabawi, membuat hati aku tersentuh hiba. Teringat kenangan semasa mengerjakan umrah. Rindu... Bergenang airmata aku.
Masjid Kristal

Inilah tujuan utama mak aku beriya2 nak ke Terangganu. Nak melihat dengan mata kepala sendiri keindahan masjid Kristal. Memang cantik dan menakjubkan. Punya la ramainya pengunjung di sini. Kebanyakannya bersama rombongan bas. Tak kurang 20 buah bas yang aku nampak. Memang ramai yang ingin menyaksikan sendiri masjid Kristal ni. Ada juga pengunjung bukan Islam yang datang namun mereka diwajibkan untuk menutup aurat sebelum masuk ke dalam perkarangan masjid. Hampir keseluruhan bangunan diliputi oleh cermin2 (mungkin juga kristal). Yang menarik, cahaya matahari tak dapat menembusi cermin-cermin ini. Walaupun berdindingkan cermin dan kristal, masjid ini sangat sejuk walaupun di luarnya panas terik membahang. Hajat di hati nak buat sembahyang sunat Tahiyatul Masjid dan Zuhur tapi melihatkan berduyun2 muslimah beratur nak mengambil wudhu' aku dan mertua memutuskan untuk sembahyang di masjid lain aje. Walaubagaimanapun kami berpuas hati dapat menyaksikan keindahan Masjid Kristal ni. Tercetus rasa bangga sebagai umat Islam. Tentu rakyat Terangganu sendiri berbangga dengan keindahan Masjid ni..



Noor Arfa Batik Art Centre.

Perjalanan balik ke Kerteh kami singgah di Noor Arfa Batik Art Centre. Di sini terdapat ruang niaga Noor Arfa batik yang besar dan luas. Kalau kowang nak tau, Noor Arfa batik ialah batik yang paling terkenal di Terengganu. Kini sedang membuka empayar yang luas di seluruh Malaysia. Di bahagian bawahnya pula terdapat aktiviti melukis batik. Ada juga aktiviti lain seperti menempa kristal dan kaca. Aku mengambil kesempatan dengan membeli sehelai kaftan yang dilukis dengan tangan. Turut membeli 2 helai batik lepas. Satu kaler pink dan satu kaler purple. Pink 4 me.. purple for my laling. Kenangan dari Noor Arfa Batik, Terengganu.

Mesra Mall, Kerteh

Malam tu lepas menjamu selera masakan Thai di kedai Tomyam, kami ke Mesra Mall yang terletak 2km dari rumah abang ipar aku. Wah... sape kata Kerteh bandar mati? Apa yang takde di Mesra Mall? Semuanya ada. Starbucks, Secret Recipe, Famous Amos, Big Apple, TOY R US, Popular malah CARLO RINO pun ada di sini. Wah.. kalau ada semua benda ni nampaknya aku tentu boleh hidup di Kerteh. Nasib baik aku dah ban produk Amerika dan Israel. So... jeling je la starbucks tu walaupun ada rasa nak beli. Boikot!!!!!!

Keropok Lekor dan Satar

Esoknya masa perjalanan pulang ke KL kami singgah di Kemaman. Di sini kami tak melepaskan peluang menjamu keropok lekor dan juga satar. Ronda seluruh Malaysia termasuk Sabah Sarawak, korang takkan dapat rasa keropok lekor sesedap ni bumi Terengganu. The worst keropok Lekor terengganu is still the best if compare to outside Keropok Lekor or Satar. Sempat juga kami membungkus beberapa keropok basah dan kering untuk di bawa balik. Mak mertua aku pun banyak membeli untuk diberi kepada besannya iaitu mak aku. Kesimpulannya... Visit Terengganu kali ni sangat menyeronokkan. Terasa impian aku untuk bercuti terbalas sudah dengan percutian yang sgt indah ini. Kalau anda sibuk nak berhabis duit bercuti ke luar negara, lupakanlah hajat tu kalau dalam Malaysia sendiri pun belum habis jelajah. Bumi Malaysia masih banyak yang menarik untuk dilawati. Salah satunya negeri Terangganu ni sendiri.. Enchanting Terengganu.

No comments: