Saturday, January 17, 2009

Al Fatihah buat kedua-dua sepupuku..

15 Jan 2009, pukul 8 malam aku dikejutkan dengan satu panggilan telefon yang membawa berita sedih bahawa 2 orang sepupuku telah menemui ajal dalam satu kemalangan ngeri yang berlaku di lebuhraya Jasin. Teringat kembali pertemuan terakhir kami ketika menghadiri majlis perkahwinan sepupuku, Rabbaniy (ada dalam posting yang lepas). Teringat juga anaknya yang comel dan gebu kini telah menjadi anak yatim dalam usia tidak sampai 3 tahun. Sedihnya..

Inilah gambar Siti Syaiha, suami dan anaknya, Erin ketika majlis perkahwinan sepupuku pada Disember 2008. Kali terakhir kami bertemu... Kurang dari 40 hari sebelum dia diberitakan meninggal dunia.

Bersama ini aku sertakan beberapa keratan akhbar tempatan yang melaporkan mengenai kemalangan ngeri yang menimpa kedua-dua sepupuku.


Berita Harian, 16 Jan 2009
MELAKA: Dua beradik perempuan dalam perjalanan untuk berniaga di pasar malam rentung selepas tersepit dalam van Perodua Rusa mereka yang terbalik sebelum terbakar dalam kemalangan di Kilometer 28, Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ), berhampiran persimpangan Merlimau-Jasin, dekat sini, petang semalam. Kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu berlaku ketika Siti Syaiha Salleh, 24, dan adiknya, Nurul Balqis, 22, dikatakan dalam perjalanan dari rumah mereka di Parit Haji Baki, Jalan Abdul Rahman, Muar menuju ke pasar malam di Merlimau. Timbalan Ketua Polis Daerah Jasin, Asisten Superintendan Jasmani Othman, berkata mayat Siti Syaiha yang juga ibu kepada seorang anak ditemui di tempat duduk pemandu, manakala adiknya di kerusi penumpang depan dengan kedua-duanya masih memakai tali pinggang keledar.
Berita penuh sila klik di sini --> http://www.bharian.com.my/Friday/Nasional/20090115234043/Article/index_html

Utusan Malaysia, 16 Jan 2009
JASIN 15 Jan. – Dua beradik perempuan rentung selepas kenderaan yang mereka naiki terbabas dalam satu kemalangan jalan raya di Kilometer 28, Lebuh Raya Alor Gajah, Melaka (AMJ), dekat sini petang ini.
Kedua-dua mangsa yang rentung dikenali sebagai Siti Syaiha Salleh, 24, dan adiknya, Nurul Balqis, 22. Mereka berasal dari Parit Haji Baki, Jalan Abdul Rahman, Muar, Johor.
Siti Syaiha sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak manakala adiknya pula masih bujang.
Berita penuh sila klik di sini --> http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0116&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_16.htm

Bernama, Friday, 16th Jan 2009

JASIN, Jan 15 (Bernama) -- Two sisters met a fiery end when the van they were traveling in, burst into flames following an accident at 28km Alor Gajah-Melaka-Jasin Highway (AMJ) near Merlimau here today.


They were identified as Siti Syaiha Salleh, 24, and Nurul Balqis, 22, of Parit Haji Baki in Muar, Johor. Jasin police deputy chief ASP Jasmani Othman said the sisters failed to escape from the burning vehicle.

View full article click here --> http://malaysia.news.yahoo.com/bnm/20090115/tts-accident-burn-bm-993ba14.html

Sejurus diberitahu berita kemalangan ini kepada keluarganya, bapanya merangkap bapak saudara aku merangkap abang kepada mak aku mengalami kejutan yang amat sangat yang menyebabkan beliau tidak sedarkan diri. Parents aku bertolak ke Muar pada malam yang sama dan jenazah kedua-duanya di"release"kan oleh Hospital Jasin hanya pada pukul 11 pagi keesokan harinya. Kesedihan menyelubungi suasana rumah apabila melihat anaknya yang tak sampai 3 tahun melihat jenazah ibunya dikebumikan seolah-olah memahami keadaan sebenar. Lebih memilukan apabila seorang anggota polis memuat turunkan video klip kebakaran kereta tersebut kepada suaminya. Daripada suara yang dirakamkan, terdengar perbualan saksi yang mengatakan mereka mendengar suara wanita menjerit meminta tolong namun tak dapat berbuat apa-apa kerana kereta tersebut tiba-tiba meletup dan terbakar dengan cepat. Bermakna kedua-duanya masih hidup selepas kemalangan dan terbakar hidup-hidup. MasyaAllah. Pilu betul hati aku mendengarnya. Bayangkanlah perasaan suaminya ketika menonton rakaman itu. Lebih menyedihkan apabila keluar kata-kata dari suami, "takkan ada wanita lain sebaik isterinya, amat susah untuk dicari". Mudah-mudahan dengan lafaz tu menjadikan sepupuku tergolong di dalam wanita solehah dan ditempatkan di syurga. InsyaAllah. AL- FATIHAH....

Gambar sebelah menunjukkan Siti Syaiha bersama ibunya
(ibu saudara aku) bersama anak tunggalnya, Erin.
Moga rohnya dan adiknya, Nurul Balqis dicucuri rahmat.

6 comments:

JutawanSavvy said...

Ucapan takziah Bakh pada ayah & ibu saudara Vic, moga mereka dapat ditenangkan & ditenteramkan untuk redha menerima takdir Illahi.

Al-Fatihah bakh sedekah kan, semoga roh-roh mereka dicucuri rahmat and digolongkan dalam golongan yang mendapat syafaat Allah di akhirat kelak.

Regards,
Bakh

Lovelyvic said...

thanks bakh..
InsyaAllah... sama2 la kita berdoa.

redzuwan said...

takhziah buat mereka, sebetulnya sy mengenali mereka..ikatan persaudaraan kita juga taklah sejauh mana..semoga roh dicucuri rahmat oleh siDIA...

Al-fatihah

Lovelyvic said...

Redzuwan
Alhamdulillah... Posting ni telah mendekatkan kita yg jauh dan buat kita saling mengenali.

pokcu said...

::: sebagai seorang manusia .. segala pekerjaan yang kita lakukan bergantung pada izin allah .. disamping usaha yang kita lakukan mestilah meletakkan tawakal pada allah .. segala yang berlaku pada alam ini adalah peraturan allah yang telah siap sempurna ..

bagi orang yang beriman .. segala kesusahan yang berlaku adalah ujian supaya bersabar .. dan segala kebaikkan & kesenangan juga alah ujian supaya kita bersyukur .. kerana semua yang kita miliki adalah pinjaman dari allah .. :::

Lovelyvic said...

Terima kasih pokcu. Dugaan dan Ujian Allah adalah tanda kasihNya kepada manusia beriman - agar kita sentiasa beringat. Selebihnya terpulang kepada kita...