Wednesday, December 03, 2008

Tentang senyuman bulan dan susuk


Sebenarnya aku rasa bersalah bila tak update apa2 info terbaru dlm blog ni Tapi sebenarnya aku dah mati kutu.. aku tak mahu plak kowang rasa aku melambakkan sampah sarap ataupun junk article dalam blog aku ni.


Isnin 01/12/2008 malam – bulan pun tersenyum. Selasa pagi boleh dikatakan semua akhbar bercerita ttg bulan yang tersenyum. Kalau paper cina tu… punya la banyak cerita pasal bulan yang tersenyum. Sebenarnya apa definisi kita pada bulan yang tersenyum. Aku ada terbaca artikel apabila ribut melanda padang Arafah, mereka kata Allah sedang murka. Tapi gambar bulan yang tersenyum menandakan mesej yang Allah sedang blessing kita? Kejadian alam yang pelik dan unik selalu kita samakan dengan mesej yang disampaikan Allah pada umat manusia, tapi mungkin ia satu fenomena alam yang biasa. Bulan sabit yang kelihatan seperti tersenyum bermatakan planet Musytari dan Zuhrah. Kadang2 kita mungkin boleh mensalah tafsirkan maknanya. Sejujurnya aku tak rasa ianya satu blessing untuk umat manusia di bumi ini – yang hakikatnya telah jauh menyimpang dari landasan yang benar. Peringatan untuk aku juga sebenarnya.

Semalam aku melawat seorang pekerja aku yang dimasukkan ke SJMC kerana darah beku kat jantung. Dalam tempoh sehari je darah beku tu boleh beralih ke otaknya yang menyebabkan retina mata kanan seakan tertutup. As a result, mata kanannya gagal berfungsi. Suami isteri merupakan pekerja kompeni aku. Aku pandang isterinya, aku pandang suaminya yang terbaring tidak sedarkan diri. Kedua-duanya masih muda dan beberapa hari lepas, kedua-duanya aku lihat cukup sihat dan bertenaga di pejabat. Sebenarnya siapa tahu takdir yang menunggu kita. Kadang-kadang kita rancangkan satu perkara yang panjang dan tersusun untuk kita melangkah hari-hari depan, tapi siapalah tahu… esok atau lusa kita akan dijemputNya. Hidup kita umpama catur, sungguhpun diapit ribuan askar dan permaisuri yg jelita – tapi bila Allah kata “checkmate” (sebenarnya kun fayakun) maka – jadilah ia – gugurnya sebuah kerajaan. Tamatlah perjalanan hidup kita. Mudah-mudahan aku dan kamu… sempat memperbaiki kekhilafan kita dan memohon keampunannya apabila tiba hari kita nanti.

Tgh makan di cafĂ© pagi tadi berlaku beberapa peristiwa yang agak menyentak sanubari aku. Tapi rasanya biarlah aku simpan untuk diriku sendiri. Tapi ada satu cerita menarik yang hendak aku kongsi. Kata seorang kawan.. dia telah dioffer oleh seorang dukun untuk memasang susuk di mukanya. Asal tujuan kedatangannya ke rumah dukun untuk ditelekkan ttg motosikalnya yang hilang. Kawan tadi pun cakap… “Isk tak mau la tok dukun. Nanti…” tiba2 dia berhenti. Takut dituduh bermulut cabul. Tok dukun cakap “Takut mati susah ke? Jangan risau, susuk ni ada susuk kafir, susuk Islam… bla bla bla… Kalau susuk Islam, kalau kita mati accident, nanti susuknya akan balik kepada dukun tu dan bagitau, tuannya dah meninggal.” Kawan tadi terdiam. Mujurlah imannya masih ada – laju mulutnya menolak pelawaan dukun. Tapi aku mula berfikir… sebenarnya bebarapa ramai je umat Islam kat muka bumi mempunyai kekuatan menolak perkara seperti itu? Ada jugak umat manusia yang memang cetek akal fikirnya mudah aje menerima semua perkara itu sebagai halal. Nama pun susuk Islam. Nauzubillah.. memang aku akui… iman aku senipis kulit bawang tapi untuk pergi sejauh itu…. InsyaAllah… tidak akan! Moga kita semua diberi kekuatan yang sama untuk menolak perkara2 yang dikategorikan sebagai syirik ni. InsyaAllah.

No comments: