Wednesday, December 24, 2008

My Cousin Wedding Part 2

Me, Aliyah and wife of Menteri Besar Perak.
Aku tak perlukan senarai ciri-ciri lelaki pilihanku..
Kerana kualiti seorang lelaki..
Bukan dinilai dari mata kasarku..
Tapi dinilai dari hati nurani..
Dengan memandang dan mengenalinya..
Aku tahu dialah lelaki itu..

My Mak Usu & Pak Usu with their sons

Aku mahu dia mencintaiku..
Tanpa syarat… Tanpa sebab..
Bila ditanya kenapa dia memilihku..
Untuk menjadi yang istimewa dalam hatinya..
Untuk menemaninya sepanjang usia..
Dia tidak ada jawapan untuk itu..
Kerana dia tidak pernah meletakkan..
Sebarang kualiti yang perlu ku penuhi..
Dia cuma mahu aku..
Menemaninya tanpa sebab..
Dan tanpa syarat..
Justeru aku terasa begitu lega..
Melalui hari bersama..
Kerana aku tahu..
Dia cuma mahu aku..
Aku yang dia kenali..



The one who shake hand with MB is my dad. Together with few ADUNs.

Aku mengibaratkan kehidupanku
umpama taman indah yang berpagar
Cantik dan nyaman di tengahnya…
Dihiasi air pancut di tengah tasik..
Kicau burung dan bunga yang mekar..
Malangnya aku hanya berjalan di tepi pagar taman..
Menyusuri sepanjang jalan
Tidak menikmati, hanya memerhati pemandangan..
Kerana aku tidak mahu berjauhan darimu…
Yang berada di sebelah tembok berpagar itu.


Friendly hand wave from the beloved Perak's MB.

No comments: