Saturday, November 22, 2008

Selamat Hari Jadi, Suamiku..

22/11/2008 - Genap besday Andy yang ke-26. Baru nak masuk 26? Huhuhu... aku dh lama 26.. menunggu ditabalkan 27 tahun lagi beberapa bulan. Sebenarnya, takde apa yang special aku sediakan hari ini. Sebabnya, aku telah mendelaykan sambutan untuknya pada hari yang lain - including the present. Ini disebabkan hadiah impiannya itu memerlukan pengorbanan masa untuk aku fulfillkan. Hari ni we just gathered together at starbucks Masalam and discuss about business.



22/11/2007 - Tahun ini kami sambut sekali dengan besday adik perempuan aku. Aku ngan mak aku share duit n having buffet kat hotel satu family. Aku belikan dia Jacket Dr Cardin untuk hari jadinya yang ke 25 masa tu. Happynya dia... sampai skang even dia ada byk jacket, tp jacket fav. dia ialah Dr Cardin tu.




22/11/2006 - Kitorg beli kek chocolate chip walnut secret recipe (kek rasmi family aku ni) celebrate kat rumah mak aku. Aku belikan dia 1 kemeja dan 1 kemeja t-shirt including set of belt. Oh tak lupa juga kasut Dr Cardin. (Dia cuma suka jenama ni je.)


22/11/2005 - 1st time celebrate besday dia sebagai seorang isteri. Kitorg makan seafood dengan family aku. Sampai je kt rumah, kitorg kuarkan kek dari dalam peti ais. Walaupun dh terlalu kenyang and actually he really don't like to eat cake - dia makan jugak la sepotong. Masuk je bilik aku dh sediakan hadiah yang lebih special untuk dia kat dalam bilik. Jeng jeng jeng..... Set pancing Abu Garcia la.... Kowang pk ape dowh??

22/11/2004 - Baru sehari ditunangkan. Aku rasa this is the best besday celebration for him sehingga setakat ni. It was really a surprise for him. Aku, dia dgn ewa ke KL plaza, konon2 aku ada interview la kat sana. Bila aku pura2 nak masuk 1 pejabat untuk interview, aku suh dia tunggu aku kat lobby kl plaza tu. Dia buat. Tp sebenarnya immediately lepas kitorg berpisah aku berlari mcm nak rak ke Berjaya Time Square, kowang bayangkan baper punya jauh KL Plaza ngan Berjaya Time Square. Ewa dh tunggu tepi hotel Berjaya Time Square, aku check in, keluarkan semua barang2 surprise dalam keta - Balloon, Banner, Party Pack, junk foods, KFC... and his present (Dr Cardin Sandals), sampai je dlm hotel, aku ngan ewa mcm nak rak tiup belon, gantung banner, hidangkan makanan and until when the time I had to went back to KL Plaza, aku dah fully exhausted dan nak pengsan. Last2 atas jejantas Berjaya Time Square tu aku call Andy. Aku cakap, "Awak boleh tak awak datang sini? Sy tunggu depan 7Eleven Berjaya Time Square. Cepat sket yer. Emergency. Tolong cepat." Mungkin sbb suara aku yang termengah2 dan mcm nak nangis, andy pun bertukar cuak la... Aku dengar dia tanya, "Awak kenapa? Mcm mana boleh sampai kat sana?" Aku berlakon lagi... "Datang je sini, sy tunggu, cepat sikit, antara hidup ngan mati." Ha.... saat ni la mamat ni dh start jadi pelari pecut.. berlari dr KL Plaza ke Berjaya Time Square. Sampai je dekat depan 7 eleven, aku dh berdiri tersengih2... Muka dia mcm dh nak pengsan aku tgk. Jatuh kesian plak. Dia belek badan aku, tangan aku, muka aku... "dowang buat apa kat awak, yang?".... aku sengih lagi. Aku tarik dia naik lif... dia terpinga2... aku bawak depan pintu hotel, ketuk pintu.. ewa bukak pintu... pump~!!! party pack punya ribbon melantun kat dia... belon bersepah2 seluruh bilik and in the middle of the room hung a banner written "Happy Birthday Sayang"... dan we shouted together.. Happy Birthday~!!!. Pup... dia terjelupuk jatuh nak pengsan, kepenatan, terkejut dan geram. Heheh... rupanya terover plak surprise aku ni. Ekekekekek

4 comments:

JutawanSavvy said...

Happy birthday bro...dah tua rupanyer kau yer........kalu terbalikkan nombor tu dah jadi generasi emas dah, he he....... wokeh, about the biz, we'll put 110% effort to make it a reality ...... I'm looking forward into this venture, maybe in the future kita plak bleh 'franchise'kan biz concept kita ...............

Regards,
JutawanSavvy

Lovelyvic said...

Huhu... we gonna be millionaire in 10 years time k? All rite. Chayok Chayok~!!

pokcu said...

lagu dalam blog,, best, huhu

Lovelyvic said...

Yup... Jenny - The Click 5
My Fav. song.