Wednesday, November 19, 2008

Horror Story Of Paradise Malacca Village Resort

Ini merupakan kali pertama aku menetap kat sini. Usually we’ll choose Berjaya’s Affliated Listing hotel kalau ke Melaka but unfortunately this time we are not so lucky cos semua hotel2nya fully booked. So we decided to stay di salah satu rangkaian Leisure Hotel di Malacca, iaitu Paradise Malacca Village Resort.

My first impression when I saw this place was… susah nak ckp.. speechless. Bangunannya seperti ancient and abandoned but unique. Bangunan coklat kemerahan yang menerapkan nilai Inggeris dan Melayu Melaka ni mengingatkan aku pada zaman Kesultanan Melayu Melaka dan juga JWW Birch. Pekerjanya tak ramai. Tenants pun kurang. Walaupun mempunyai facilities yang lengkap seperti tennis and badminton courts, swimming pool, ada fountain di tengah2 taman (tp fountain x function), playground tp segalanya seperti dh lama ditinggalkan dan tak pernah digunakan. Bangunan yang terlalu besar tapi terlalu sunyi. Biliknya besar dan cantik. Toilet utama je hampir sama besar dengan master bedroom tu sendiri. Kalau tgk rupa bangunan ni dari luar, tak sangka plak dalamnya secantik ini.

Masa kami berjalan ke swimming pool yang terletak di atas bukit, ada seorang gardener sedang membakar sampah. Aku tertarik dengan bangunan tinggi yang menghadap swimming pool yang laluannya bersambung dengan blok bilik aku. Kebanyakan tingkap dan pintu hotel2 tersebut terbuka dan langsirnya ditiup angin terbuai-terbuai ke luar balkoni. “Tiada siapa tinggal kat situ. Bangunan tu dah 8 tahun tak diduduki. Kami pekerja pun tak berani pergi bangunan tu. Hotel ni walaupun besar tapi cuma blok ni sahaja yang dibuka, yang lain semua dah lama ditutup.” Pergh…. Ayat tu betul2 buat aku meremang. Aku yakin bangunan depan aku ni betul2 seperti sedang diduduki sesuatu sebabnya, 8 tahun ditinggalkan tetapi seolah-olah dijaga dan diduduki disebabkan pintu2 dan tingkapnya terbuka. Langsir kelihatan masih elok walaupun hakikatnya sudah 8 tahun dibiarkan sepi. Kami cuba dapatkan kepastian dari kaunter utama di lobby hotel dan perkara tersebut di akui mereka. “Kami pun tak berani langsung nak ke bangunan tu kak.” Now I get it. Rupanya perasaan yang menyerbu dlm otak aku tu ialah… this building is horror and scary tp susah aku nak akui pd waktu itu. Mungkin untuk menyedapkan hati sendiri.

Malam tu ketika aku andy keluar dari kawasan hotel untuk memancing, beberapa pengunjung taman tasik bertentangan memandang kami dengan pandangan aneh. Suddenly hujan turun lebat tiba-tiba. Kami yang baru sampai tepi tasik berlari balik semula ke hotel. Teringat pesan orang tua2, bila hujan di tengah malam… benda tu lebih mudah dijumpai. Rasa seram plak. Masuk perkarangan hotel, pekerja hotel yang setakat 2 org tu memandang kami dengan pandangan aneh lagi. Oh… sebenarnya pekerja2 kat sini pun sangat menyeramkan. Lebih2 lagi aku memikirkan aku mungkin sedang berjiran dengan perkampungan hantu dan bunian. Aduhai…

Pagi tu ketika menghadap sarapan kami bersembang ttg bangunan tinggal tu lagi. Andy kata instinct dia mengatakan pokok besar 2 pemeluk yang rimbun berhadapan dengan bangunan tinggal tu adalah rumah utama mereka. Ini turut diakui oleh adik aku, ayah aku dan ipar aku. Bila menjelang senja, masa tu mak tengah memasak kat dapur, yang lain semuanya pergi tasik memancing, tinggallah aku sorang terkontang kanting kat dlm hotel, akhirnya aku capai kamera, turun ke arah swimming pool dan berdiri setentang dengan pokok dan bangunan tinggal tu. Aku seorang je dan ketika itu langit mula gelap, senja sedang berlabuh. Aku pandang betul2 pokok tu, rimbun, batangnya mmg besar, di bawah pokok ditumbuhi pokok menjalar dan semak samun. Aku bukak lensa kamera, aku halakan tepat-tepat dekat pokok tu dan…. (bermula part seram) belum sempat aku tekan butang tangan aku menggigil dan snap… hmm.. aku tak dpt snap pun gmbr pokok tu, ntah nape tangan aku accidentally teralih tmpt lain. Aku halakan semula lensa kamera pada pokok tu. Di mata aku skarang jelas kelihatan pokok besar tu di depan aku, malangnya pokok tersebut tak keluar di skrin kamera aku skang sedangkan projection kamera aku tepat2 ke arah pokok tu. Masa ni la… aku dapat rasa peluh jantan (walaupun aku pmpn) mula keluar. Rasa mcm nak lari pun ada tp tatau la kenapa aku masih tercatuk kat situ. Dalam kepala aku cuma nak ambik gambar pokok tu. Kekal dengan hala kamera tu aku snap 3-4 kali ke arah yang sama. Keluar paparan pokok besar tu di skrin. Lega… belum sempat aku angkat kaki meninggalkan kawasan tu tiba-tiba jelas di mata aku keluar seorang perempuan di balkoni bangunan tinggal tu. Mukanya tepat memandang aku. Rambutnya hitam, lurus dan panjang. Dia berdiri di hadapan sliding door yang terbuka di tingkat 12 tak silap aku. Wajahnya tak dpt aku lihat dengan jelas. Angin yang kuat bertiup membuatkan langsir putih dan bajunya terbuai-buai. Aku tatau dari mana keberanian aku yang sebenarnya penakut ni ambik kamera dan menghalakan pada perempuan tu, malangnya… dia terus masuk ke dalam. Apa lagi cepat2 aku turun tangga, blah dari situ.

Malam tu aku keluar dengan ayah dan andy. Bila pulang semula ke hotel aku pandang bangunan tinggal tadi. Jelas kelihatan langsirnya terbuai-buai ke luar balkoni tapi kesemua bilik dari setiap tingkat gelap gelita, bermakna tiada penghuni manusia di dalamnya. Dan… ketika aku melangkah satu persatu anak tangga, aku terbau bau kemenyan kuat menusuk hidung. Aku pandang ayah tapi ayah hanya tunduk, langkah kami makin laju. Sampai je dalam bilik aku tanya ayah, adakah dia bau apa yg aku bau. Ya…. jawab ayah. Dan malam itu… aku langsung tak boleh tidur, di datangi mimpi yang bukan-bukan, perut sakit dan digigit agas yang banyak… (peliknya org lain tak kena pulak). Gitulah kisahku dan percutian menyeramkan di Melaka.


14 comments:

PakLan said...

Tempat tu memang angker, tanya la orang2 sekeliling situ.

Anonymous said...

btol . tmpt tu mmg seram . aq penah pegi . mlm2 nk keluar pegi bilik sedara pun takot .

mummyizz said...

pradise melaka ni kat kawasan belah mana ek?

sani said...

Hye.. I nk gmbar pokok & others pic yg ade bleh x? I mmber for leisure holidays. C me on fb.. Snakehead hunter.. Tq..

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

sani, gambar pokok tu ada diantara 6 keping gambar yg dicantum2 kat atas...

mummyizz - dekat ayer keroh, belakang zoo melaka kalau x silap.

sani said...

Tq.. Last week i da cheak in kt situ for 1 nite.. Tp x stay kt situ pun.. Cari hotel lain.. Haahahhahaahahha

PakLan said...

Semakin hari, semakin menyeramkan. Tengok tempat tu sekarang dah betul2 terbiar.

Anonymous said...

Yes .. very hunted .. sye prnh dtg .. tp time tu dh tutup trus .. maybe sbb business mkin down .... kitorang dtg dlm kol hmpir kol 11 pm x silap ... saje lepak2 luar bangunan ... kawasan main parking kete yg agak luas .... tgh lepak2 ... tepat kol 12 tgh mlm ... xde angin xde ape ... boleh dgr bunyi tingkap terkuak tutup serentak 3 blok hadapan cam dlm gamba atas ... try "lawat" kwsan sekeliling .. then try msuk bhgian main lobby resort .... mmg unik bangunan tu ... firstly x sngke nmpk simple luar tp dlm die lain structure ... huge then first viewing outside building ..... jln nk ke blok2 dr lobby akn jumpe 1 kolam ... some people said very spooky(tu pown tau lps aktiviti mlm tu) ... tgh jengah2 kwsn sekeliling dgn member pkai touchlight .. nmpk sayup2 susuk putih ... tp x berkaki member yg lain x nmpk ... nk try masuk lg dlm .. member da goyah sorang2 .. so kitorang just try pergi blakang kawasan lk ... x slap lalu "pokok besar" tepi bangunan ... x nmpk ape ... trus ke blakang .. x slap jumpe cam gelabggang .. x pasti tenis or badminton ... ysang sgt .. dgn semak lalang bagai ... da puas tinjau .. sume sepakat nk blah .. tgh 2 jln kawt bahagian gelanggang tdi .. member kawt depan toleh .. jgn la men cuit2 ... sye ckp mnede .. die pown faham .. trus senyap ....

Anonymous said...

lagi scary saya ni ha... tetiba ari tu kawan ckp ade menginap dekat situ... rasenye tmpat tu dah tutup... x sure lah tntang tutup tu... tapi yang best.. kawan ckp jumpa saya dekat situ staff dekat situ n boleh lak lepak2 dengan dia n family dia sesame... memang pelik... hurm... terkezut dibuatnya... hurm... very horror...

Abang Bodyketak said...

Saya baru masuk hotel paradise tu, boleh rujuk facebook saya, ada video yang saya masuk kedalam resort tu sekitar jam 2 pagi.... cari fb saya wan muhamad , atau terus search guna email, kuwekmambo@ymail.com

Abang Bodyketak said...

Saya baru masuk hotel paradise tu, boleh rujuk facebook saya, ada video yang saya masuk kedalam resort tu sekitar jam 2 pagi.... cari fb saya wan muhamad , atau terus search guna email, kuwekmambo@ymail.com

Anonymous said...

PEEENIIIIIIIIIPPUUUUUUUUUUUUU KAAAAAAMUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUU

Unknown said...

aku baru he masuk mom TD..bnyk jugak la gmbar yg kitorang dpt..Ade la jugak beberapa gambar yg nmpak lembaga dgn makhluk..to bola kitorang check balik TD semua gambar yg Ade nmpak makhluk dgn lembaga mlm TD hilang..agak nice jugak paradise ni..

Fareez Ashman said...

*je *mlm *tp *bila sorry typo