Friday, November 14, 2008

Bacalah...

Bacalah sinaran di mataku…
Ia menceritakan segalanya…
Kasih dan cintaku yang luas tak bertepi..
Derita dan sengsara yang tak terperi…
Rindu yang tak mampu aku lindungi..

Bacalah senyuman di bibirku..
Ia mengungkap segalanya..
Yang terukir setiap kali kau di sisi..
Yang namamu sentiasa meniti..
Yang bersuara penuh berani..
Atas nama cinta ia berdiri

Bacalah sentuhan tanganku..
Hangatnya menterjemahkan segalanya..
Kusalurkan keagungan cinta bersamanya…
Kulurutkan hangat suatu makna..
Tak ingin ku kehilanganmu selamanya…

Bacalah bahasa tubuhku..
Sakit keranamu… aku ubati sendiri..
Masa untukmu… akan ku cari..
Cinta untukmu… tiada ganti..
Rindu untukmu.. . kupendam di hati..
Derita keranamu… dendam kujauhi..

Bacalah linangan airmataku..
Untuk segalanya yang telah kulalui..
Antara sakit, hidup dan mati..
Tak pernah terniat engkau ku benci..
Moga satu hari kau kan sedari..
Moga nanti kau kan mengerti…

No comments: