Sunday, October 12, 2008

Semalam Adalah Sejarah..

Masa tgh belek2 album lama, aku ternampak beberapa keping gambar yang pada aku menggamit nostalgia yang tersendiri. Byk gambar2 lama yg dah kuning dan kusam. Aku scan beberapa keping utk abadikan dalam blog ni. Mungkin untuk tatapan anak cucu aku, mungkin untuk Aliyah.. mungkin untuk mereka yang mengingati aku..
*Gmbr2 atas tu diambil ketika aku masih baby sehingga umur 2 tahun. Chumel kan? Kecik2 dah pandai ambik gambar, mcm Aliyah jugak.

Gambar atas yang pertama ni masa aku kat tingkatan 5 SMK Telok Gadong. Gambar atas, dari kiri Khaty, Naza, Tina, Bug, Aku dan Ewa. Hobi kitorg ber6 ialah buat meeting persatuan lepas habis kelas. Heheh.. and one more thing, we r supposed to be pioneer for School Hockey Player. Tp permohonan kami untuk menubuhkan pasukan hoki di'reject' atas alasan, aku merecruit ahli berdasarkan kronisme. Hampeh... zaman persekolahan dh dituduh kronisme dan nepotisme. Tp mmg betul pun.. zaman sekolah dulu.. geng aku semuanya dari kelas 5 Sains 1 dan most of us ialah prefect. Mmg ramai student gelar aku berlagak. Pilih bulu.. tapi i tak pilih bulu hidung k.. hahahaha...
Gambar bawahnya ialah gambar yang diambil selepas habis pertandingan perbahasan peringkat daerah. Tahun 1999, sekolah aku menentang sekolah Dato' Hamzah, Port Klang. Nama pun dah gerun. Tapi Alhamdulillah, sekolah aku menang dan aku mendapat hadiah Pembahas Terbaik. Jadi kawan2 yang rapat telah meraikan kejayaan aku. Thanks kowang. I really appreciate it. Kenangan zaman persekolahan bersama kalian amatlah aku rindui...

Ha... ni gambar konvo aku dan Anne. Tak silap aku April 2004. Selain dari parents aku dan Anne, ramai kawan2 yang datang bagi support for me. Antaranya Ewa, Fifi, Junior. Thanks guys. U r the best! Erm... kire ni lah pertama kali andy bertentang 6 biji mata (dia 2, mak ayah aku 4) dengan parents aku. Walaupun dia dtg lmbt, tp bila nampak je muka dia dengan bunga besar tu, terus x jadi marah. Hehehe.... Oh.. graduation pooh yang chumel tu hadiah dari Junior. I really really miss all these past. Walaupun ada yang pahit, namun pengalaman2 ini yang telah membentuk aku hari ini. Walau apa pun yang berlaku semalam, ia seharusnya menjadi perangsang utk aku di hari muka.. bcos... Yesterday is a history, tomorrow is a mystery and today is a gift, that's why we called it 'present'. :) till meet again...

No comments: