Saturday, October 04, 2008

Segamat Raya Oktober 2008

Lepas kahwin, inilah kali pertama aku beraya kat tempat lain pada hari raya pertama selain dari Tg Malim. Kira tahun ni pecah tradisi la... sebabnya... tahun ni kali pertama setelah bertahun-tahun lamanya, ayah aku plan nak mengumpulkan seluruh ahli keluarganya dan keenam-enam adiknya (ayah aku the eldest among 7 siblings) untuk beraya bersama-sama di rumah atok aku, Segamat. Cita-citanya jadi kenyataan apabila kesemua 7 beradik ayah aku dan ahli keluarga masing-masing beraya bersama-sama tahun ni. Seb baik menantu2 ayah aku dan adik-beradiknya sporting, takde hal dalam merealisasikan impian pak mertuanya dan abang sulungnya ni.

Bertolak ke Muar dari Klang pukul 4 pagi Isnin 29 September 2008. Sahur kat RNR. Tiba di Muar, Johor (Kg Mak Aku) dalam kul 8 pagi. Bertolak dari Muar ke Segamat dalam kul 11 pagi sampai Segamat kul 12 - sempat singgah bank tukar duit raya lagi... Besh tul la mak bapak aku ni, rumah satu negeri, dekat2 je...


Inilah pertama kali aku rasa lemang buatan tangan Andy, tak sangka memang sedap. Aku yang memang jenis tak suka lemang, berjaya menghabiskan sebatang lemang dengan jayanya.

Kenapa aku sorang je tak pakai baju kurung? Sebenarnya aku baru je tukar t-shirt, tiba2 dowang panggil bergambo. Sabo je.. Al maklumlah, sebagai kakak sulung di antara sepupuku aku ni, aku la kena mengetuai pasukan basuh pinggan mangkuk dan kuali. Sadis sungguh.
Pendek kata aku le yang paling bz dan paling diperlukan oleh makcik-makcik aku untuk merasa setiap masakan dan lauk pauk kenduri - sebab aku sorang je tak poser. Ekekeke...

No comments: