Saturday, October 04, 2008

Raya Okt 08 - Dari Segamat ke Tg Malim


Raya Pertama, lepas ziarah kubur atok dan bersalam-salaman ngan family aku, tepat kul 10 pagi aku ngan Andy bertolak ke Tg Malim. Singgah kejap kat Shah Alam ambik kek secret recipe yang aku dah tempah untuk besday mak mertua aku. Kul 2 petang dah tiba kat Tg Malim. Semua family andy dah berkumpul menunggu kedatangan anak dan menantu bongsu dowang.

2 kek secret recipe - Choc Chip Walnut and Cheeze Choc tu disponsored oleh menantu bongsu mertua aku, sapa lagi, aku la. Tul tak abah? hehehe.. yang 4 segi tu abah aku kasi mak aku, tp kurang mendapat sambutan. Sorie yerk bah. Secret recipe irresistable la abah...
Sempena hari jadi yang ke-60 ni mak mertua aku buat game plak. Gamenya ialah jawab soalan yang diberikan, sape cepat jawab, dapat hadiah dan angpau. Ha... masa ni la terjadi insiden2 lucu yang membuatkan pecah perut ketawa. Semua soklan berkaitan ngan mak mertua aku, contohnya tarikh lahir dia, tempat lahir, umur berkahwin, tarikh kahwin. Yang paling kelakar bila setiap sorang cuma leh jawab sekali je, senang cite mmg mertua aku dh siapkan hadiah dan angpau untuk setiap sorang menantu dan anak-anak dia, game tu penyeri je. Tp insiden lucu terjadi bila kitorg berebut nak menjawab, jawapan gila dan gaya2 kemenangan menjawab soalan. Pecah perut dibuatnya. Yang beshnya, andy dapat hadiah sejadah, habis kena perli ngan seluruh family - itu tandanya mak suh sembahyang, jangan liat. Hahaha....
Selain dari mak bapak aku, mak bapak andy pun termasuk dalam listing the best parents in law.
Tiap kali raya rumah mertua aku memang cenggini la ramainya tetamu. Habis satu batalion, satu batalion lagi sampai. Cawan ngan jug yang dibasuh lum sempat kering dah sampai rombongan baru. Memang letih, tp tahun ni lebih letih lagi. Sebabnya bukan saudara mara je, malah orang kampung pun sibuk bertandang beraya di rumah ketua kampung yang baru ni.

No comments: