Sunday, October 19, 2008

Kisah di sebalik perkahwinan kami.

Untuk seorang yang bergelar isteri, aku rasa tentu semua para isteri merasakan detik diijabkabulkan adalah antara detik yang paling mendebarkan dalam hidup. Begitu jugalah dengan aku. Kerana di sinilah kehidupan panjang yang merubah segala ketentuan hidupku telah bermula...

Teringat kenangan lucu ketika hari pernikahanku. Tetamu dan saudara mara mula berkumpul tapi aku masih lagi dengan baju t-shirt dan seluar track suit. Makcik dan pakcik aku mula tegur? Kenapa tak siap lagi? Sebenarnya untuk majlis pernikahan aku tak panggil mak andam datang ke rumah, aku telah buat appointment dgn mak andam utk pergi ke kedai andaman. Masalahnya waktu2 bz camni, siapa yang nak hantar aku? Jeng Jeng Jeng.... luckily anne dtg.. ape lg... dia terpaksa la temankan aku kedai mak andam.. menunggu aku disolekkan berjam2... tapi hasilnya... mak!!! aku rasa muka aku mcm badut sarkas... Benci!!! Waktu dh semakin suntuk, aku takde pilihan, anne dh sengih2 mcm kerang busuk. Kutuk muka aku la tu.. benci... rupa2nya.... solekan tebal mcm opera cina ni mmg nampak 'gerun' kalau tgk directly tp dlm gambar nampak fotogenik plak. Hahahaha....
Malang sekali lagi bila rombongan pengantin lelaki ada yang tersesat. Duit hantaran pada kereta yg tersesat plak. Tok Kadi asyik warning ayah aku. "Dah lambat sangat pengantin lelaki ni. Kalau tak sampai lagi dalam 1/2 jam sy nak balik." Cuak ayah aku dibuatnya. Lepas tu ayah aku plak keep pushing aku. "Mana Andy ni along? Kan kita dh pesan awal2 jangan lambat. Tok Kadi ni ada kerja lain." Ha.... dia keep ulang ayat ni setiap lima minit. Tiba2 aku jadi berpeluh, marah, migrain... dan aku telah marah2 kat andy dlm phone. Aku paksa dia dtg walaupun tanpa duit hantaran, tp andy berkeras nak tunggu duit tu jugak. Apa lagi bertekak di hari sblm pernikahan la jawabnya sehingga membuatkan andy off hp. Ha... kowang bayangkan klu kowang kt tmpt aku. Mak ayah dh bising. Tok kadi bising. Pengantin lelaki dh le lewat dekat sejam setengah, kowang tatau dia kat mana skang dan dia off hp sbb bengang dgn kowang asyik membebel. Harus gila aku pd waktu tu. Saudara mara dan jiran tetangga yang berkumpul dah tertanya-tanya. Aku plak dalam bilik dgn anne keep calling Andy (walaupun tau takkan dpt).
Akhirnya aku jerit dlm bilik... "tak payah kahwin mcm ni. Aku tanak kahwin. Pergi mampos ngan dia. Tak kahwin pun takpe." Airmata dah mengalir ni.. abis makeup aku. Anne pujuk aku supaya bertenang, bersabar. Aku plak masa tu mmg yakin, tok kadi ni akan balik dan aku tak yah kawin. Tak guna tul si Andy ni... Aku benci dia. Sanggup dia buat aku mcm ni. Memalukan aku di hari pernikahan aku. Semua org dh tak berani masuk bilik. Aku dh mcm singa yang lapar kt dlm bilik. Yang berani dekat dgn aku waktu tu, cuma Anne je.


Tiba-tiba aku terdengar suara berbisik kat luar. Pengantin lelaki dh sampai. Aku terasa mcm nak kuar dan marah kat Andy sepuas2 hati dan cakap, "Apsal datang, aku tanak kahwin. Masa nikah pun bleh lambat, lepas kahwin ntah apa plak yang lambat" Aku bukak pintu bilik. Nampak belakang badan Andy. Menyirap darah aku. Andy yang terasa pintu bilik pengantin terbuka terus menoleh. Tepat pandang muka aku dan senyum. Tiba-tiba aku jadi kaku. Tersentak.. dan.. senyum jugak. Aku duduk balik atas katil. Aku cakap ngan Anne, "Alahai... hensemnya dia. Tak jadi aku nak marah, Anne. Tenang je aku tgk muka dia." Hahahahahahha.... Aku rasa masa tu mmg Andy pakai ubat guna2 la.. tkpun ayat penyejuk hati yang Pak Usu Sahak ajar. Hahahaha... aku yang mmg mcm singa lapar terus menjadi seekor rabbit yang baik dan shoomel... huhuhuhu...

Ha... ini ketika upacara sarung cincin (i dun like to say membatalkan air sembahyang, air sembahayang tu kan baik, apsal nak wat upacara plak nak membatalkan. Orang melayu harus tukar istilah budus ni) Cincin bunga emas kuning bermata 1 dan untuk Andy cincin titanium bertatah ruby. Oh... yg belakang tu ialah anne... dan my mom.

Hantaran aku cuma RM7K bersih. Reasonable la utk tahun 2004 dan jumlah ni dh di expect oleh Andy. Sepatutnya takdelah hantaran serba satu. Tapi andy telah memberi RM7K serba satu. Katanya, hadiah untuk bakal isterinya. Huhuhu... syukran... syukran..
Hantaran pengantin perempuan kepada pengantin lelaki: Selain cincin, Kasut Dr Cardin, Perfume DKNY, Set Mandian Mark n Spencer, Jam Tangan Adidas, 1 set persalinan lelaki ELBA, Set Penjagaan Diri Body Shop, Towel, coklat, buah, kuih raya, songkok, sejadah bunga rampai dan sirih junjung.
Hantaran pengantin lelaki kepada perempuan: Cincin, Gelang tangan Habib, Rantai Leher, Jam tangan Tisssot, Perfume DKNY(dgn evening bag DKNY), Toilettries Tommy Girl, Makeup Lancome (original k, bukan uptown mari), Beg tangan Carlo Rino, 2 set kasut Carlo Rino dan Primavera, kek, buah, telekung, coklat, bunga rampai dan tepak sireh.

I love my flower girls.. Hoba Hoba... Aku yang pilih baju2 dowang, aku yg hias bakul2 dowang, aku yang hias skaf rambut yg ada rama2 atas kepala dowang. Pendek kata flower girl ini idea dan hasil kerja tangan aku. Alhamdulillah... majlis pernikahan dan perkahwinan berjalan dengan lancar. Cuma waktu petang tu sekitar 4 ptg hujan turun dgn lebat. Tp semuanya berjalan dgn baik. Kini dah hampir 3 tahun setengah berlalu dan ia masih aku ingati sbg detik yang tidak akan dilupakan dlm hidup aku.

No comments: