Sunday, October 19, 2008

1001 kisahku...

Gambar kat atas ni ketika kami sekeluarga bercuti di Bangkok. Belakang mak ayah aku tu ialah Sungai Menam Chao Phraya. Sungai ni popular betul masa kita belajar geografi ting 3 dulu kan? Tp aku dh lupa popular sebab apa. Kami menyusuri sungai panjang ini dengan menaiki bot. Ramai orang menjual barang2 dari atas bot je. Sampan dowang akan mendekati bot sampan pelancong dan tawar menawar harga. Kebanyakannya barang2 cenderahati. Dekat sini kita leh nampak rumah2 yang didirikan atas sungai sepanjang perjalanan. Kalau kowang pernah tgk cerita Hans Isaac dan Erra dlm Pesona Non Grata... ha... sebiji mcm tu. Gambar aku ngan mak aku tu plak ialah ketika di tepi pantai di Pattaya Beach. Pantai sini beza sket ngan M'sia. Tempat duduk pun dowang leh buat niaga, kena sewa, lepas tu bila kowang duduk je, akan datang la ramai peniaga menjual makanan, air dan juga cenderahati.

Gambar ni ketika berada di Dubai. Dubai negeri yang kaya dan cantik. Negara Arab yang agak moden. Dowang pun ada shopping complex mcm Mid Valley dan juga bazaar shopping mcm Uptown, bezanya, uptown terkenal dgn baju bundle dan barangan tiruan, tp di Dubai, kaya dengan pelbagai jenis kacang mahal yang sedap, lemak, gemuk2 dan berkualiti tinggi. Pistachio, Badam, Gajus, Almond, Macadamia, dan kurma2 yang sedap.... pergh... besh nyer. Satu lagi ttg Dubai, cuba tgk teksi dia... cantik kan? Kowang tak jumpa keta cokia sini. Semuanya kereta yang mahal2 dan baru. Kereta lama dan buruk tak jumpa atas jalanraya.. sbb kereta di sini, dijual dgn harga murah, bukan mcm kat Msia. Air yang korang beli kat kaki lima pun, ialah air buah segar. Kalau beli oren atau mangga mmg bleh terasa serat2 buahnya. Dubai mmg kaya...

Ini plak gambar kami sekeluarga ketika bercuti di Danau Toba, Medan, Indonesia. Danau toba tak silap aku ada dlm 7 keajaiban dunia. Ini kerana ia sebuah gunung berapi yang sangat tinggi. Kemudian lekukan gunung berapi tu dipenuhi air membentuk tasik yang sangat besar, saujana mata memandang... dan lebih pelik lagi... di tengah2 tasik tu terdapat pulau yang dipanggil pulau Parapat. Tapi Pulau ni sebenarnya hanya 1/20 mungkin juga lebih kecil dari keluasan tasik tu sendiri... kedua2 gambar kat atas ni di ambil di tgh2 pulau Parapat tu. Ha... bayangkan la... pulau tgh2 tasik gunung berapi Danau Toba je sebesar ni. Jadi bayangkan betapa besarnya gunung berapi tu dan betapa luasnya tasik Danau Toba tu sendiri. Kat sini mmg pusat pelancongan terkenal di Medan tetapi peliknya barang2 kat sini dijual dgn harga yang sgt murah. Contohnya baju tidur(siap seluar dan baju) dijual dengan harga 3000 rupiah dan topi dengan harga 1000 rupiah (masa aku pergi currency 1000 rupiah bersamaan dengan RM1, tp skang 40 sen je x silap aku). Aku fikir kalau la Danau Toba ini milik Malaysia, tentu dia akan jauh lebih maju dan cantik dari Genting Highland. Indonesia pun ada tmpt sejuk mcm Cameron, namanya Brastagi tp yang sedihnya tmpt tu tak cukup cantik sbg tmpt pelancongan. Mungkin kerana Indonesia bukanlah negara yang kaya. Ntahla... tp sepanjang berada di Indonesia, aku amat merindu Malaysia. Indahnya negaraku..


Gambar ni Ketika mengerjakan umrah 1 keluarga.. Dari dalam bas menuju ke tanah Suci selepas berniat ihram, kami tak henti2 menyanyi "Labaikallah hummalabaik"... Tak henti2 diulang2. Tersentuh hati ku menyanyikan zikir lambaian Kaabah tu. Dan saat kaki aku memijak lantai marmar masjidil Haram jelas di mataku kubik yang diselimuti jubah baldu hitam Kaabah dan ketika aku terasa sgt terharu. Aku menangis sepanjang tawaf. Akhirnya aku betul2 berhadapan dengan kiblat umat Islam seluruh dunia. Aku akan kembali lagi satu hari nanti...


Gambar atas ni ketika bercuti di atas Superstar Virgo. Gambar2 atas kapal Superstar Virgo bleh kowang view kat friendster aku. Link dia ada kat front page. Masa ni aku dh kawen dgn Andy pun. Pengalaman naik kapal percutian mewah terbesar 14 tingkat mmg sukar dilupakan. Kami naik dr Singapore Jetty. Sepanjang perjalanan masuk ke perut kapal terdapat ahli sarkas dengan aksi yang menghiburkan. Mereka turut menyanyikan lagu welcome diiringi gitar akustik. Dalam kapal pergh... susah nak gambarkan. Shopping Complex.. Dewan yang boleh memuatkan ribuan pengunjung, Ribuan bilik tidur., Swimming pool, Library, Gymnasium, Cinema dan Casino (tempat perjudian mcm Las Vegas) semuanya terdapat di dalam kapal setinggi 14 tingkat ni. 7 Banquet makan dengan hidangan makanan buffet yang berbeza (pilih aje kowang nak style apa Mediterranean, Oriental, Indian, Arabian, Western dan mcm2 lagi...) semuanya diberikan secara percuma. Makan la smpi pengsan. Meal ini diberikan 5 kali setiap hari, tp biasanya kitorg ambik 3 je.. sbbnya perut lum hadam pun lg dh tiba waktu makan seterusnya. Bayangkanlah atas kapal pun dowang leh buat persembahan akrobatik. Itu maknanya kapal tu terlalu besar sehingga tak terasa langsung gegarannya merempuh gelora lautan. Malamnya ada persembahan Topless Show (Persembahan bukak Baju). Syok nyer. Aku ngan andy dh kalah teruk dlm Casino. Seb baik bawak duit sket. Kalau banyak confirm dah bankrupt. Ala.. main suke2 je. Hehehe.. Kami plan nak naik lagi. Skang ni, in d process nk kumpul duit. Ekeke...


Sebenarnya banyak lagi negara yang tak sempat di upload dlm blog ni. Sebabnya kebanyakan negara tu aku tak pergi, cuma family aku je yg pergi mcm USA (berpuluh2 baju Levis dan CK mak aku beli), England (banyak souvenir dari Liverpool dan Manchester), China.. (hmm banyak sgt barang tiruan. Tak cantik plak tu.) Ntah kenapa sejak akhir2 ni kalau balik ke rumah mak, mesti terasa nak bukak album lama. Mungkin zaman skang ni orang jarang ada album. Almaklumlah semuanya digital. Hahaha.. seronok sebenarnya mengimbau kenangan lama ni. Aku rasa perlu dicatit beberapa perkara penting dlm hidup aku di laman blog aku ni. Jadi ini adalah portfolio yang lengkap mengenai aku buat tatapan generasi aku pd masa akan datang.

No comments: