Tuesday, July 15, 2008

Bon Odori Festival 2008


Bon Odori Festival 2008. Tak pernah dengar nama ni. Rupanya perayaan ni dah 32 kali dirayakan di Malaysia. Meaning 32 tahun. Kalau aku tak bekerja kat syarikat Jepun, maybe sampai skang pun aku tatau Festival Bon Odori ni. Ia adalah salah satu perayaan masyarakat Jepun yang tak silap aku meraikan roh2 orang saudara mara Jepun yang telah passed away. Tp itu zaman dulu kala. Festival Bon Odori di Malaysia lebih kepada kita melihat dan mengenal tradisi masyarakat Jepun, seperti tarian tradisional mereka, makanan jepun, aiskrim jepun, belon jepun (ini kompeni aku buat). Pada hari inilah kita dapat menyaksikan gadis2 Jepun dan Malaysia sendiri memakai kimono. So Sweet. I used to wear it. Pendek kata, Bon Odori di Malaysia disambut dengan konsep yang lebih open, tidak membabitkan perkara yang melanggar akidah Islam. Tahun ni seperti tahun sebelumnya, Bon Odori disambut di Stadium Panasonic (Matsushita) di Sek 21, Shah Alam pada 12 July 2008.

Tahun ni pertama kali aku menyambut Bon Odori dan aku dipertanggung jawabkan oleh syarikat aku Suzuki Latex Industry Malaysia Sdn Bhd untuk menjual salah stau produk kompeni kami iaitu Belon. Aku sampai di stadium lebih kurang pukul 3 petang dan semua gerai telah pun dibuka waktu tu. Cuma orang awam belum dibenarkan masuk. Pihak penganjur hanya akan membuka pintu masuk utama pada pukul 5 petang. Tepat pukul 5 petang, pintu utama dibuka. Kami yang tengah duduk sambil makan strawberi cicah coklat akan tergamam (5 daripada 10 org dari kami baru 1st time sambut Bon Odori) sbb manusia yang menyerbu masuk bukan ratusan, malah beribu2… dahsyat beb. Terus cepat kami menelan makanan yang dalam mulut. Preparing for Business!

Seingat aku dari pukul 6.00 petang sampai pukul 9.30 malam, tak pernah aku dapat duduk walaupun sekali. Kaki dah mula rasa sakit, tekak haus, perut lapar. Tapi orang berpusu2 tak henti menyerbu gerai kami. Nak belon tu, nak belon ni. Tanya harga walaupun banner dan poster harga dh ditampal besar2. Biasa la tu. Walaupun kompeni aku menyediakan Dinner Plate KFC utk setiap seorang tp kitorg takde masa walaupun seminit untuk makan.
Dalam penat dan lelah melayan orang ramai, sempat mata aku menangkap kelibat ayah, mak, Hafiz dan Aliyah yg datang. Aku ambik yoyo belon tonjol2 kat muka Aliyah. Punya la suka pompuan kecik tu. Hafiz belikan dia belon kecik dan belon besar satu. Wooo.. family pun bayar beb. Takde tipu punya. Honesty is the best policy.


Tepat pukul 9.30 malam produk kami habis dan selamat dijual kesemuanya. Even yg rosak, getah hilang, reben takde pun org beli gak. So mulalah proses pengiraan collection. Yes!!!! Hit the target. Not only hit but beyond over the target. Amacam En Bakti? Sy tak pandai berniaga ke? Kedua2 bos Jepun aku yang ada kat sana dari petang sampai ke malam senyum puas hati. Tak henti2 say “Arigato Gozaimas for all of you.” Abg Livita kat sebelah jeles je tgk duit kitorg yg sebukit tu. Katanya “Jual belon pun leh dapat collection mcm tu. Dahsyat la Suzuki Latex.” Mmg dahsyat… marketing kitorg power beb.. Jerit belon mcm jual lelong pasar lambak. Org yg lalu depan sure singgah. Semuanya berjalan lancar dan baik. Balik rumah baru la aku bukak bungkusan KFC, makan dan terus tido sbb kaki aku rasa mcm nak tercabut.

Gambar2 Bon Odori akan dimasukkan kemudian memandangkan photographer masih dlm proses edit2. Betul kan Ejad?

No comments: