Tuesday, June 24, 2008

Perginya Seekor Apok


Klu ingat Abol, mesti ingat Apok.
Abol, kura2 matahari yang cantik kepunyaanku,
Apok, burung terkukur 1 guk yang hebat kepunyaan Andy.

Adapun kisahnya... di suatu hari yang aman damai 16 Jun 2008.
aku dpt message dari andy..
"Sayang!!! Mak call saya, Apok dah mati, kena makan helang"
Walaupun tak nampak muka dia, aku tau dia sure nangis...
burung kesayangan dia beb
Baru je dia mandikan semalam..
dia bagi makan, makanan burung paling mahal kat kedai burung tu jual..
agaknya Apok tau ajalnya nak sampai..
sbb dia tak henti2 berbunyi... 3 hari sblm dia ditemui mati kat sangkar layang dia..
aku pun sedih gak. Pasal tiap kali aku sampai je umah mak aku
Aku akan tegur Apok dulu "Hai Apok, sihat ke arini?"
pasalnya dia benda hidup pertama yg aku jumpa sblm masuk umah mak aku.
Apok dh kenal sgt family kitorg, sbb tu dtg dekat pun dia relax je..
Tp kalau org yg dia tak kenal... menggelupur dia..
mesti masa helang tu datang dekat... Apok menggelupur jugak..
Sian Apok..

Tp yg hebatnya... waktu helang tu patah balik nak ambik bangkai Apok yang sangkut kat jaring.
Bapak aku dengan skill hebat telah melibas tangguk jaring ikan Andy kat dia,
Terpelanting helang tu masuk dalam kolam ikan koi..
sbb dah basah kuyup, helang tu dah tak mampu nak terbang.
Bapak aku plak laju je serkup dia, masukkan dalam sangkar..
Skang helang tu ada kat umah aku la (eh, mana ada. Helang kena ada lesen kan?)

Malam tu on d way perjalanan balik ke rumah..
Andy drive, sesekali aku dengar dia buat bunyi "Te ku kur kuk"
rindu betul dia dgn Apok.. hiba plak aku dengar bunyi tu..
Bunyi yang selalu Andy buat untuk agah Apok..
Sampai kat umah, aku nampak bangkai Apok, still tergantung kat sangkar layang.
Aku tak sanggup nak toleh Andy, sbb aku pun dah bergenang airmata masa tu..
Laju2 aku masuk umah, sempat gak aku jeling helang yang garang dlm sangkar kucing.
Elok je aku kuar balik, aku nampak Andy nak cucuk screw driver kat helang..
menjerit aku dibuatnya, aku sabarkan mamat tu jap..
bila dia dh cool je sket, dia tendang sangkar helang tu sampai kemek pintunya..
Alahai... tak dapat pukul, cuit pun jadila...
Aku tgk Andy bz semadikan bangkai Apok..
semadi kat mana? alahai... kat longkang besar depan umah...
pasal takde cangkul nak gali tanah kubur.
dia bersihkan sangkar layang Apok, gantung balik kat tempat asalnya.

Walaupun Apok bukanlah pet aku, tp aku tetap rasa kehilangan.
Kalau tak kawasan depan rumah aku tu cukup tenang.
Dengan bunyi air terjun, lepas tu bunyi air pancut ikan koi... dan diselangi bunyi Apok.
Hari ni dah seminggu pemergian Apok, tp Andy masih bersedih kalau kita sebut ttg Apok.
So this story I dedicate to Apok and my Hubby, Andy..
Apok tiada ganti... kenangannya tetap abadi..

No comments: