Friday, March 21, 2008

Happy 26th Birthday Vic @ Diana

Hari ni 21 Mac 2008. 8.30 pagi. Pada 26 tahun lepas waktu ni aku baru dilahirkan di Hospital Assunta, Petaling Jaya. Doktor Menan yang sambut. Cahaya mata parents aku yang pertama setelah lebih 3 tahun menunggu. Memang mak idam2kan seorang puteri agar dapat menjadi kakak dan melindungi adik-adiknya. Tapi saat kelahiran aku meresahkan emak kerana aku tak mahu ikut pintu, aku nak keluar ikut tingkap jugak. Kesian mak aku, penat menangung sakit tapi aku tetap nak ikut tingkap.. akhirnya aku dilahirkan secara pembedahan.

Aku dibesarkan dengan kasih sayang. Ayah dan emak melengkapi hidup aku dengan sepenuhnya. Pendek kata, dalam kawasan perumahan aku tu, permainan aku la yang paling sophisticated, maju dan banyak. 3 tahun kemudian adik perempuan aku dilahirkan. Teman yang paling rapat dan mangsa buli aku. Disebabkan kenakalan aku yang ter“over” aku selalu dimarahi emak ngan ayah. Jangan ingat aku tak pernah kena rotan. Keliling rumah ayah kejar aku ngan tali pinggang, hanger dan rotan. Berbirat2 kaki aku disesahnya. Kadang2 bontot, kadang2 tangan. Penampar pun banyak kali hinggap kat muka. Sampai mak naik cuak. Tapi aku mmg tak pernah serik. Hari ni minta maaf, besok buat lagi. Budak kecik… biasalah.. curiosity tinggi. Lagi orang kata jangan, lagi dibuat. Tapi ada hikmahnya ayah buat mcm tu, didikan sempurna telah berjaya membentuk aku menjadi acuan yang dia mahu. Bila dah nampak acuannya seperti yang dikehendaki… aku pun menjadi puteri kesayangan ayah. Maklumlah… aku mewarisi 75% wajahnya dan 80% perangainya.

Segar lagi ingatanku pada airmata ayah saat pernikahanku. Bila saksi-saksi menjawab “sah!” lafaz akad Andy. Bukan airmata aku aje yang berjuraian. Airmata ayah pun mengalir sama. Barangkali membayangkan puteri yang dibesarkan, yang dimanjai kini telah berpindah tangan kepada sang suami. Sekali lagi airmata ayah tumpah saat menepung tawar aku. Terasa air hangat itu di pipiku bila dia mencium wajahku. Emak pun begitu. Cuma dalam hal ni, emak kelihatan lebih tenang berbanding ayah. Bukankah aku dah cakap, aku puteri kesayangan ayah.

Kukira aku sudah cukup matang menempuh alam dewasa. 24 tahun aku membesar dengan baik hasil didikan ayah dan emak. Tp ternyata pada usia 25 tahun aku masih naïf untuk mengenali rencah hidup dunia. Ampunkanlah aku. Aku mengecewakan semua. Keluargaku, suamiku dan diriku sendiri. Tapi aku membawa seribu harapan.. agar menginjaknya usia 26 tahun ni, aku dibekalkan dengan semangat dan kekuatan hidup. Agar rohaniku diisi taufik dan hidayah. Agar mata hati aku celik dan mula mengenali resam hidup. Penuh harapan yang sarat dalam karung yang aku kendong melangkah ke pintu 26 tahun ini. Moga doaku diperkenankan. Aku mungkin bukan anak yang sempurna kepada ibubapaku, bukan kakak yang sempurna buat adik-adikku, bukan isteri yang solehah untuk suamiku tetapi aku berjanji akan memperbaiki diriku sedaya upayaku. Bukan sahaja untuk mereka, juga untuk Aliyah Umairah dan Irfan Hakimi.


26 tahun ku kira sudah cukup layak untuk aku bergelar ibu. Kalau ada rezeki diperkenankan Allah, InsyaAllah. Mungkin lepas bergelar ibu nanti aku tampil imej berbeza. Moga sampai seru. InsyaAllah. Ibu yang baik harus menjadi contoh pada anak-anaknya. Jadi untuk membentuk anak yang baik, aku yang harus mulakan langkah pertama.

Cukuplah sampai sini. Terima kasih untuk kawan-kawan yang menghantar sms ucapan besday seawal pukul 1 pagi td dan yang hantar friendster message. Thank you so much… . Ingin sekali aku petik kata2 tinta pujangga untuk dikongsi dengan semua..

“Belajarlah mencintai orang yang mencintai anda..
Dan bukannya mengejar orang yang anda cinta..
Bersyukur dengan pasangan anda..
Biarpun dia ada kekurangan, tetapi dengan kekurangan itu
Dia telah menghambakan hidup dan pertaruhkan kesetiaan kepada anda..
Sedangkan lelaki idaman anda.. belum tentu mampu berlaku setia
Kerana dalam keadaan anda yang masih sempurna dan sihat..
Dia masih mampu meninggalkan anda
Bayangkanlah kiranya anda dalam keadaan yang tak berdaya..
Sakit atau tidak sempurna lagi...”


Menarik tak? Aku telah mulakan usia 26 tahun dengan airmata. Izinkan aku sudahnya dengan senyuman kelak. So… Hargailah hidup kita. Kerana tanggungjawab aku ialah untuk memastikan aku menikmati hidup ini dengan ikhlas dan tabah. Live and fight for better life. This is my duty and my responsibility. Nikmati tarikh 21 Mac 2008 sebagai orang yang baru. Happy 26th Birthday, Diana.

No comments: