Monday, February 25, 2008

My New Home

Masih rasa lagi kepenatan pindah umah.. rasa mcm dh tak sanggup nak pindah randah lagi. apa pun.. Aku dh mampu menarik nafas lega skang. Rumah pun dh clear. Tunggu aku habis penat dulu. Pastu baru aku war-warkan berita "soru".

Ingat lagi masa mula jejak kaki kat rumah PD. Rasa2 aku ada 4 bulan aku dh tak jejak kaki kat sana. Terkejut bapak beruk aku. Rumah aku mcm tongkang pecah. Cawan sepah2 atas meja.. dalam sinki.. Bukak peti sejuk. Kosong! Haprak! Garam ngan gula aku dah keras mcm batu. Tong beras aku... mak aih.. penuh ngan kutu beras. dah beranak pinak. Dah buat tamadun kutu dan penempatan berkelompok (geografi ting.3). Menggeletek aku kegelian. Bawang2... dah busuk. Berasap telinga aku. Aku senseng seluar sampai paras lutut sambil cekak pinggang. Muka dah merah padam. Baru aku nak menjerit panggil andy (konon2 nk marah) baru aku tersedar, aku nk marah dia pasal apa? Sebab dia tak menjalankan kerja yang sepatutnya aku yang lakukan? Pelan2 aku tarik nafas. Aku muhasabah diri sekali lagi. Dia suami, aku isteri. Dapur memang milik seorang isteri. Mcm mana aku nak expect dia buat semua ni? Takpe la.. from this time, our kitchen will be back to Vic's Dynasty. hehehehe..

Lately, aku suka sgt dengar lagu Biarlah - Nidji. Kadang2 bila lagu tu dh habis, aku replay balik ulang2. Rasa puas. Rasa lega. Rasa mcm ada satu aliran semangat yang ditiupkan terus ke hati aku. Buat aku rasa kuat. Buat aku rasa bertenaga. Amacam? Apa? Tak rasa ape2 ke? heheh.. itu pasal kowang mmg takde perasan. Kuang kuang kuang. Aku suka lagu ni sbb lagu sedih tp rentaknya rancak. Jd tak rasa sedih bila dengar. Dia rasa sangat bersemangat. Tul tak?

Masa nak pindah masuk barang2 ke rumah baru, Aliyah aku bawak skali. Org tua2 kata, kalau pindah rumah baru atau nak beli rumah, bawak bdk kecik. Kalau dia asyik nangis je spnjg dlm rumah, maknanya ada something kat umah tu. So, aliyah will be judge pertama umah aku. Kelakarnya, dia langsung tak nangis. Tapi asyik ketawa. Ketawa besar plak tu, siap jerit2.. happy giler. Mak aku ckp, "bagus rumah ni, aliyah suka, sesuai dengan dia." Tp adik aku ckp, "apalak, tu maknanya dia jumpa member sebaya ngan dia. Tu yg happy semacam je." Hampeh! Sengal betul. Takpela.. kalau dia jumpa member sebaya pun, untung2 aku cepat dpt baby. heheheh...

Mula2 nk pindah rumah baru, aku rasa mcm berat hati sket. Tp.. lepas dh pindah, i'm so happy. Aku puas hati dgn setiap sentuhan tangan aku dlm rumah tu. Bayangkanlah... rumah tu dulu rumah org2 bujang. Masuk toilet dia pun.. alahai... kalau rasa nak berak pun, leh tersumbat punggung gamaknya. Tp.. aku touch-up ngan make-up umah tu sampai tak nampak pun ianya bekas rumah org bujang. Dan... bilik air yang tempat paling menakutkan dah aku ubah menjadi tempat yang paling selesa dalam umah aku tu. hehehehe.. Tempat termenung paling bagus sambil mendapatkan ilham. Thank you so much to my dad cos lending me your hand. Nak harapkan aku memanjat, menggergaji, menggerudi... tak dayo den eh..

But the most interesting thing about my new home is.. jaraknya dari ofis aku cuma 5 min je...
hahahha.. kalau aku bangun kul 8 pun, confirm tak lewat. kalau pakai km, mungkin cuma 2-3km je kot. heheheh.. One more thing, banyak giler mapley since me n andy mmg suker giler pi mapley. Tgh2 malam kalau terasa nak pekena roti bawang ngan kopi... start je ar keta/motor. Oh... minggu ni ada tetamu bakal datang, tetamu pertama rumah baru kami. Boleh la mempraktikkan skill2 memasak yang dh lama berkepam dan terendam. hehehe.. Until we meet again.

No comments: