Monday, January 14, 2008

Dari Tingkap Hospital..


Dari Tingkap Hospital ini..
Aku lihat bandar Putrajaya yang tersusun gah..
Diterangi lampu yang gemerlapan nan cerah..

Dari Tingkap Hospital ini..
aku lihat cahaya jingga merah..
melatari pemandangan tasik nan indah...

Dari Tingkap Hospital ini..
mataku melirik jam di tangan..
melihat luar yang malam..
melihat langit yang kelam..
melihat lampu pesawat yang membelah alam..

Dari Tingkap Hospital ini..
Aku lihat dia berjuang..
mengharap diberikan terus peluang...
demi hidup, demi impian dan demi aku..

No comments: