Monday, March 19, 2007

Advance 25th Birthday Surprise Party

17/3/07 – Bangun kul 8 pagi, kemas2 rumah, basuh baju then keluar shopping. Pagi ni kena cari bfast sendiri sbb mak takde. Family aku dah bertolak ke PD petang smlm. Besok baru balik. Yg tinggal cuma aku, Andy & Hafiz (my lil bro).

Petang sampai rumah dlm kul 4 petang. Terus tido – sedar2 pukul 7.30ptg – andy kejutkan suruh bersiap. Aku yg tgh mamai confused – terus sambung tido balik. 10 minit lepas tu andy datang balik. Kali ni dia tarik aku bangun. Letak towel atas kepala aku- tolak aku masuk bilik air. Lepas mandi dia pesan, "Pakai baju cantik2. Kita ada dinner dekat hotel dengan kawan2 saya." Aku ikut arahan. Pakai cantik2, mekap lawa2, jangan kasi malu husband. Tapi kenapa Hafiz ikut? Andy ckp, "takpe, setakat bawak adik sorang. Diorang tak kisah." Ohh….

Sampai depan Prescott Hotel? Kenapa Prescott? Klang?? Biasanya kalau andy punya dinner buat kat Grand Bluewave, Concorde – semua area shah alam. Confused! Sampai depan pintu dewan makan aku nampak ayah dgn besannya (bapak mertua adik aku). Aku salah nampak ke? Kan diorang semua kat PD. Besok baru balik. Tiba2 aku nampak Pak Anjang satu family – bertambah confused. Aku pandang andy kat sebelah - dia senyum simpul. Terus aku jerit "Awak buat surprise!!!!" Terus dia ketawa.. Hafiz pun…

Masuk dewan makan, semua family aku je. Mak, ija, Man, keluarga Man dan keluarga Mak Anjang. Aku duduk kat tengah2 antara mereka. Sambil tu aku cuit mak aku. "Oooo.. buat surprise yer." Mak ketawa.. Tapi ruang yg terlalu luas, meja yg disusun terlalu panjang. Ada lagi yg belum sampai? Aku cari andy – tak ada. Tiba2 ija tanya mak "Tetamu utama tunggu kat mana?" Tetamu utama? Siapa tetamu utama? Mak cuma cakap. "Diorang dah sampai. Tunggu masa yg sesuai." Tiba2 andy masuk. Dia cakap, "Sayang, kawan2 sy dah sampai." Kawan? Aku bangun. Mata masih dekat pintu masuk. Tiba2 bila pintu masuk terbuka aku nampak Kak Lah, Mak & abah mertua aku, abg din, kak noi, abg man…. Semuaaaa.. seluruh family Andy. Tak ada satu pun yang tertinggal – termasuk la si kecik yg baru lahir – Najhan. Ruang makan riuh sekejap bila family kedua aku ni menjerit serentak "Surprise!!!" Aku rasa mcm nak pengsan dgn kejutan ni. Nak pengsan sbb terlampau terharu. Aku peluk mak. Aku cium tangan abah, abg2 iparku, kakak ipar ngan biras2ku. Sempat lagi abg Din nyakat "ko terkejut tak?" Tak mampu bersuara – aku angguk2 je.

Ayah panggil aku sekejap. Dia minta aku bagi ucapan – sedikit sebanyak dia terangkan tujuan Majlis malam ni. Bila semua dah duduk di kerusi masing2, ayah bagi isyarat untuk mulakan ucapan. Lebih kurang camni la ucapan aku. Pertama sekali secara jujurnya, sy sangat2 terkejut dengan majlis ni. Majlis ni telah dirancang diluar pengetahuan sy. Sampai skang pun sy masih dalam keadaan terkejut. Tapi seperti yang difahamkan oleh ayah sy sebentar tadi, majlis ini adalah satu majlis bacaan doa selamat bersempena meraikan hari jadi sy yg ke-25, bersempena kenaikan pangkat sy, bersempena adik pmpn sy yg tamat belajar dan juga kerana dia sedang mengandung 4 bulan sekarang ni. Syukur Alhamdulillah. Jadi bagi meneruskan majlis, sy menjemput bapa mertua sy untuk membacakan doa selamat.

Ayah mertua aku pun bagi la sikit ucapan mukadimah – seterusnya membacakan doa selamat. Kemudian majlis makan buffet sampai pengsan pun bermula. Memang besh – menu yang paling besh ialah udang galah goreng tepung. Sedapnya. Lepas semua dah tersandar kekenyangan – waiter menghantar sebiji kek kepada aku – dengan lilin 3 biji yg melambangkan 25 tahun. Maka bergemalah lagu "Allah selamatkan kamu" – kamu tu aku le.

Bila tiba time nak balik. Kami (aku dan family mertua) berpeluk2an sekali lagi. Tiba2 abg man aku start hulur sampul. Aku menolak. Aku kata aku dh besar, tak payah bagi duit. Malu! Tp abg man ugut nak tumbuk aku kalau tak ambik. Akhirnya aku ambik gak. Malu tapi sonok gak. Lepas tu semua pun hulur – termasuk la mak dgn abah mertua aku. Alahai.. malunya. Kalah hari raya. Klu raya, aku yg kena hulur angpau. Tp hari ni aku yg dpt angpau. Syoknya – kalau la hari2 mcm ni. Tak terjangkau akal aku, akan melalui hari ini sebahagia ini. Seluruh keluarga terdekat berkumpul – tak ada yg tertinggal – ayah dan besan2nya. Termasuk Pak Anjang sekeluarga (sebab Hafiz tgh dilamun cinta ngan anak dara Pak Anjang yg manis). Kerana terlampau gembira, aku tak leh tido malam tu (mungkin terlebih tido siang tadi). Jadi malamnya aku, andy, bapak mertua adik aku dan adik ipar adik adik aku (kira ipar aku punya adik la) pergi memancing kat Tasik Shah Alam sampai kul 5 pagi….

Itulah kisah ku dan sambutan advance birthday ku yang sebenarnya jatuh pada 21/3. Moga2 Allah mengekalkan ikatan kekeluargaan kami. InsyaAllah.

No comments: