Sunday, October 15, 2006

Pencinta Dia...








Cinta? Apa definisi cinta pada aku?
Andai cinta itu adalah bahagia bila bersamanya
Andai cinta itu apabila aku menunggu panggilannya
Andai cinta itu adalah rasa ingin bertemu
Andai cinta itu adalah keserasian antara kami
Maka akulah pencinta itu..

Cinta itu mesti bersatu?
Andai aku bahagia bila dia bahagia
Andai aku mendoakan kesejahteraan walau dimana pun dia
Andai aku rela lepaskannnya dalam terpaksa
Andai aku berkorban demi mereka..
Maka adakah aku mendustai cinta?

Aku tak pernah merasakan cinta sehebat ini
Dapatkah dia merasakan kegilaan cintaku?
Yang aku mahu hanyalah dia
Yang aku cinta hanyalah dia..
Cinta ini telah meranapkan jiwa dan ragaku
Cinta ini telah menelan hati dan perasaanku
Akulah pencinta... pecinta lelaki itu
Yang meninggalkan kenangan terindah dalam hidupku..


No comments: